Aboong Cafe - Rasai Sendiri Snek Waffle Ikan Popular Korea Di Cafe Ini

MAKAN-MAKAN
March 02, 2021 - 05:31 PM


Kepada kaki drama Korea di luar sana, korang mesti pernah nampak scene di mana pelakon dalam cerita tersebut makan snek berbentuk ikan betul tak? Untuk pengetahuan korang waffle berbentuk ikan itu bernama Bungeoppang dan ianya merupakan snek di Korea yang diisi dengan pelbagai jenis inti seperti kacang merah, chocolate, strawberry jam, peanut butter, dan madu.

Jadi kalau korang teringin nak rasa snek Korea tersebut, tak perlu ke luar negara lagi. Korang boleh je pergi ke Cafe Aboong yang terletak di Johor. Mereka juga ada dua outlet di Kuala Lumpur. Cafe ini mengenakan pelbagai twist yang menarik untuk inti bungeoppang seperti buah-buahan dan aiskrim. Korang juga boleh dapatkan inti klasik untuk rasa asli snek ini.

Bukan tu je, waffle tu je ada perisa red velvet tau. Selain tu korang juga boleh ubah topping yang korang nak mengikut citarasa tersendiri. Antara yang famous dalam kalangan rakyat Malaysia adalah topping aiskrim yogurt, memang sedap! Selain dari bungeoppang, korang juga boleh makan aiskrim yogurt pelbagai perisa di Cafe Aboong ni.

So korang yang selalu teringin nak rasa waffle berbentuk ikan dari Korea tu, bolehlah singgah ke Aboong Cafe ni. Bukan sahaja terdapat pelbagai jenis topping yang korang boleh pilih, malah korang juga boleh makan aiskrim sedap. Untuk info yang lebih lanjut, korang boleh lawati laman media sosial mereka di bawah. Selamat menjamu selera!

Alamat: 7, Jalan Austin Heights 8/4, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru

Waktu Operasi: 1 petang hingga 10 malam, Setiap Hari

Facebook | Instagram

Destination: 
Artikel berkaitan