Big Stick Malaysia - Jom Makan Snek Korea Asli Di Bukit Bintang

MAKAN-MAKAN
November 18, 2020 - 04:28 PM


Sejak beberapa tahun yang lepas, makanan Korea seperti ramen hinggalah ke spicy chicken berjaya menambat hati rakyat Malaysia. Dan kini, banyak restoran-restoran yang menjadikan makanan Korea sebagai menu utama mereka. Dan salah satu restoran tersebut adalah Big Stick Malaysia. Restoran ini membawa satu kelainan di mana mereka menggunakan tema skewers (cucuk-cucuk) untuk daging mereka. 

Owner restoran ini mendapat inspirasi dari Korean BBQ skewers ketika beliau pergi melancong ke Seoul. Dan dari situ beliau nekad untuk bawa resipi tersebut balik ke Malaysia dan berkongsikan pengalaman yang sangat sedap itu. Di Korea, ianya merupakan salah satu snek terbaik untuk dimakan. Jadi tidak hairanlah apabila rakyat Malaysia mula tertarik dengan konsep ini.

Terdapat 7 jenis skewers dalam menu mereka seperti spicy chicken, tokbokki chicken, cheesy tokbokki chicken, spicy chicken with ramyeon, bikor chicken, bbq jeju chicken wings, dan bbq squid. Korang boleh tengok kesemua menu yang ada di sini. Bukan rasa makanan tu je yang sedap, malah saiz cucuk-cucuk ni memang sangat besar dan puas makan!

Jadi kalau korang tengah lapar tapi tak mahu makan sampai kenyang sangat, saiz snek ini memang sesuai untuk isi perut korang. Malah bila korang order baru diorang grill tau meat untuk skewers tu, jadi fresh habis flavor yang masuk ke dalam mulut korang. Dan korang juga boleh order dari FoodPanda atau GrabFood kalau tak mahu keluar rumah.

So kalau korang peminat makanan Korea dan nak rasa flavor snek asli dari Korea, korang bolehlah datang ke restoran ni. Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh pergi ke laman web rasmi mereka atau ke media sosial mereka di bawah. Selamat menjamu selera!

Alamat: Lot No. S.4 & S.5, Sidewalk Island of Building Located at 101, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10 pagi hingga 10.30 malam, setiap hari

Laman Web | Facebook | Instagram

Destination: 
Artikel berkaitan