Beard Brothers' BBQ - Tak Perlu Lagi Pergi Ke Luar Negara Untuk Merasai Texas BBQ

MAKAN-MAKAN
October 21, 2020 - 07:47 PM


Sebagai rakyat Malaysia, makanan merupakan salah satu tarikan dan penyebab untuk seseorang itu pergi travel. Ada yang sanggup merentas beberapa negeri hanya untuk makan di satu kedai. Dan mereka dikenali sebagai food hunters. Jadi kepada food hunters di luar sana, kali ni Rileklah nak memperkenalkan korang kepada salah satu makanan yang paling famous di seluruh dunia, Texas BBQ.

Korang mesti pernah tengok video Youtube pasal Texas BBQ ni, dan terfikir, apalah rasa makanan ni. Jangan risau, sekarang korang memang dah boleh rasa di Malaysia! Dibuka pada tahun 2013, pitmaster Nazri Jameson menjadikan misi beliau untuk menyempurnakan resipi halal brisket setelah keluar dari culinary art school. Beliau mengambil masa selama 5 bulan sebelum berjumpa dengan Teknik dan resipi yang terbaik, kemudiannya beliau membuat keputusan untuk membuka Beard Brothers’ BBQ.

Dan semenjak restoran Beard Brothers BBQ dibuka, restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan yang minat daging atau meat-lovers. Tak pernah kosong. Dan walaupun korang tak minat dengan daging, korang pasti akan tertarik dengan brisket ini. Daging ini mengambil masa 20 jam hanya untuk persiapan dan proses memasak. Selain dari brisket, korang juga boleh dapat pulled lamb, lamb rib slab, dan rib bone. Kena pulak dengan in house sos mereka, memang meleleh air liur nak makan.

Sos yang terbaik disukai ramai adalah Keramat Spicy BBQ dan Memphis Smoky BBQ. Confirm flavor makanan tu meletup dalam mulut korang. Beard Brothers’ BBQ juga menyediakan makanan sampingan seperti Mashed Brotatoes, Honey Butter Biscuits, dan Woody Chippy. Kebanyakan set makanan di sini datang dalam satu hidangan besar. Jadi bawalah kawan atau keluarga datang, nanti tak habis pula.

 

Ini adalah lokasi yang terbaik untuk korang merasai makanan BBQ Texas di Malaysia. Untuk info lebih lanjut korang boleh pergi ke laman web rasmi mereka atau media sosial di bawah:

Alamat: P-G-01, Persiaran Tropicana, Tropicana Avenue Petaling Jaya, Malaysia 47410

No. Telefon: +6012-3190962

Facebook ǀ Instagram

Destination: 
Artikel berkaitan