Bosan Makan Durian Macam Tu Je? Jom Rasai Keenakan Rasa Durian Asli Dalam Versi Donut Premium Big Apple Pula!

MAKAN-MAKAN
July 14, 2021 - 03:12 PM


Jika di sesetengah negara lain mengalami cuaca 4 musim seperti musim bunga, panas, luruh, dan sejuk – kita di Malaysia lebih istimewa lagi apabila bergelar negara tropika yang mempunyai musim buah yang sering dinanti-nantikan pada setiap tahun iaitu musim durian!

Sebelum ni, mesti korang selalu pergi kenduri durian atau bahasa singkatnya orang panggil ‘KenDurian’ dengan kawan-kawan, ataupun korang join je mana-mana gerai yang tawarkan konsep “sekali bayar, makan sampai puas”.

Namun memandangkan sekarang ni kita berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mungkin tidak akan berakhir sebelum musim durian tamat, mungkin korang tak dapat nak join KenDurian macam dulu-dulu lagi.

Tapi korang jangan sedih dulu, masih ada peluang korang nak join parti Raja Buah tu dengan #JomKenDurian di rumah dengan donut! Haaa…macam mana tu? 

2 Donat Baharu Big Apple Dengan Durian Sebenar

Kalau korang nak tahu, Big Apple Donuts & Coffee, syarikat anak Malaysia yang terkenal dengan pembikinan donat premium kini memperkenalkan resipi baharu kepada pencuci mulut mereka yang menggiurkan, kena sangat dengan tekak orang kita iaitu Durian King & Durian Queen! 

Istimewanya resepi Durian King & Durian Queen ini dicipta menggunakan durian yang sebenar dan bukan sekadar menggunakan perisa tiruan durian semata-mata.

Dalam kata lain, kalau korang gigit je donut Big Apple ni yang korang akan rasa hanyalah isi durian yang sebenar seperti kalau korang enjoy buah durian segar dari ladang atau yang dibeli di gerai durian tepi jalan. Memang kaw rasa durian dia! Hehehe…

Beza Durian King & Durian Queen
Durian King korang boleh kenal pasti menerusi bentuk luaran donatnya yang diacu seakan mempunyai duri-duri yang begitu simbolik dengan rupa Raja Buah tersebut. Manakala Durian Queen pula dihiasi dengan topping gula melaka dan krim durian yang tulen! Kedua-dua donat durian ni datang dengan rasa durian yang umph bermula dari gigitan pertama yang manis memikat, diikuti rasa krim durian dengan isi durian sebenar yang memang padu!

Jadi, memandangkan kebanyakan daripada kita pun sekarang memang berkerja dari rumah, dan perlu duduk di rumah sekiranya tiada keperluan untuk berada di luar, lagi-lagi yang berada di dalam zon PKPD, korang boleh pesan je donat #JomKenDurian daripada laman sesawang Big Apple, atau pesan terus melalui Foodpanda, BeepIt, atau Smartbite

Tapi kalau dah alang-alang korang keluar untuk dapatkan barangan keperluan, singgah di cawangan Big Apple Donuts & Coffee berdekatan untuk pesan dan bawa pulang. Tapi ingat tau, untuk rasai keenakan donat Durian King & Durian Queen pada tahap yang paling memuaskan, korang kena makan dalam masa 3 jam selepas pembelian, bagi menjamin kualiti dan rasa yang paling umph!

Harga bagi Durian King & Durian Queen adalah RM4 setiap satu, ataupun RM22 untuk sekotak donat #JomKenDurian di mana korang akan dapat 6 donat durian. Harga di Sabah & Sarawak pula adalah RM4.60 setiap satu, dan RM25.50 sekotak.

Giveaway
Big Apple Donuts & Coffee juga bakal mengadakan giveaway yang bakal berlangsung sepanjang 6 - 26 Ogos, yang korang boleh korang ikuti dengan melayari Facebook Big Apple Donuts & Coffee.

Alang-alang korang nak rasa Durian King & Durian Queen, dapatkan sekali best seller dorang macam Berry Poly, Brunelle, Californian Almond, Candy Bop, Captain Nuts, dan Coconana!

Nak tengok apa reaksi min masa ambil gigitan pertama Durian King? Jom tengok video kat bawah ni!

Artikel berkaitan