5 Cara Kreatif Orang Malaysia Enjoy Durian! Korang Geng Mana?
FOODIEKalau sebut sahaja tentang 'Raja Buah' pasti ramai yang terbayang-bayang rupa parasnya yang berduri dan isi kekuning-kuningan yang sangat memikat selera, sambil terliur mengingati kemanisan buah serta baunya yang kuat.
Setiap tahun seawal bulan Mei, biasanya Malaysia akan mula 'berpesta' atau 'kenduri-an' dengan pelbagai jenis durian daripada semahal Durian Black Thorn (Duri Hitam) dan Musang King -- sehingga semurah-murah durian seperti durian kampung.
Jika sebelum dunia dilanda pandemik, deretan gerai menjual durian di tepi-tepi jalan pastinya suatu pemandangan biasa setiap kali kita memandu di jalan raya. Malah, ramai juga yang lebih gemar menikmati durian segar di gerai durian atau terus saja masuk hingga ke dusunnya.
Namun kini disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) -- kita hanya mampu memesan durian tanpa kulit secara online. Lain betul feeling dia, kan?
Tapi semua cabaran itu tidak pernah mematikan selera orang Malaysia terhadap kelazatan Raja Buah tersebut, sebaliknya membuatkan mereka lebih kreatif dalam mengolah cara bagi menikmati durian dalam pelbagai menu dan resepi tersendiri.
Ini 5 cara orang kita yang terkenal sebagai penggemar durian paling tegar di dunia menikmati Raja Buah :-
1) CENDOL DURIAN
Disebabkan Malaysia beriklim panas dan hujan sepanjang tahun, tak hairanlah kalau orang kita sangat menggemari hidangan pencuci mulut iaitu cendol sebagai pembasah tekak jika kepanasan, yang banyak dijual di tepi-tepi jalan.
Jika biasanya cendol diberi pilihan dengan topping seperti jagung, pulut dan kacang merah -- namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penjual cendol juga turut menambah isi buah durian sebagai pemikat selera pelanggan.
Antara isi durian yang dihidangkan bersama semangkuk cendol adalah Musang King, Udang Merah, D24 atau D101.
Setiap cendol pula diletakkan antara 120 hingga 150 gram ulas durian bagi memastikan kepuasan serta nilai setara yang dibayar oleh pelanggan. Harganya pula rata-rata dijual antara RM15 hingga mencecah puluhan ringgit mengikut tahap "kayangan" durian semasa.
2) SERAWA DURIAN
Bagi individu yang baru pandai makan durian, selalunya mereka lebih gemar menikmati buah tersebut dalam bentuk masakan atau hidangan yang berasaskan isi durian sahaja seperti serawa durian.
Serawa durian juga antara menu yang diminati ramai kerana kesedapannya yang diadun sebati dengan santan dan cukup menyelerakan!
Apatah lagi jika serawa durian itu dihidangkan bersama pulut atau roti jala sebagai menu makan petang buat keluarga, memang cukup membangkitkan selera.
Selain mudah dan cepat dimasak, serawa durian juga hanya menggunakan 4 bahan simple iaitu isi durian, santan, daun pandan dan gula melaka. Kesemua bahan tersebut hanya perlu disatukan di dalam periuk sehingga mendidih dan siap untuk dimakan sekelip mata!
Kalau nak serawa durian rasa lagi sedap, pastikan korang menggunakan isi durian daripada jenis yang manis berlemak seperti durian kampung atau IOI, berbanding durian yang rasanya agak-agak pahit.
3) DURIAN CREPE
Selain dimakan isinya begitu saja atau dimasak menjadi serawa -- durian juga merupakan buah istimewa yang boleh digunakan sebagai bahan dalam kek atau pencuci mulut seperti 'Durian Crepe'.
Isi durian yang berkrim dan beraroma dibungkus dalam crepe buatan sendiri, dilipat menjadi seakan bentuk bantal dan kemudian disejukkan sebelum disajikan. Ia sangat sedap dan senang dibuat untuk dibuat.
Petua kepada keenakan durian crepe adalah selain menggunakan isi durian yang manis dan berlemak, kulit crepenya yang lembut serta whipped krim yang gebu juga menjadi rahsia!
Waktu terbaik bagi menikmatinya pula adalah dimakan sejuk-sejuk. Nikmatnya memang tak terkata....
4) DURIAN GORENG
Siapa dekat sini yang suka beli kudap-kudapan untuk petang hari goreng pisang, cekodok atau keropok lekor?
Kalau korang gemarkan goreng-gorengan sebegitu, apa kata tengah meriah dengan pesta durian ini korang cuba pula buat durian goreng yang tak kurang sedapnya.
Korang jangan terkejut tau kalau masa musim durian ini dekat gerai-gerai tepi jalan ada peniaga yang menjual durian goreng yang dikatakan semakin mendapat sambutan hangat daripada pelanggan.
Cara gorengan yang digunakan juga sama seperti menggoreng buah lain iaitu pisang, cempedak atau buah sukun -- yang penting resepi bancuhan tepung perlulah pekat dan sesedap rasa apabila digaul dengan isi durian. Barulah rasanya rangup dan lazat! Sedar-sedar dah telan sampai 10 ketul durian goreng..hehehe
5) DONAT DURIAN
Tapi dalam banyak-banyak menu yang orang Malaysia enjoy durian mereka, paling senang adalah dengan menikmati donat durian yang korang boleh order saja secara online dan terus sampai di depan pintu rumah!
Bagi korang yang mempunyai anak-anak kecil yang masih belum berani nak diberikan isi durian begitu saja kerana takut berasa panas atau terlalu kaw baunya -- korang boleh cuba cara baru dengan menghidangkannya dalam bentuk donat kegemaran mereka.
Mak ayah tak perlu susah-susah nak menguli tepung atau beli durian di luar, sebab kini Big Apple Donuts & Coffee ada menawarkan donat perisa baharu iaitu Durian King & Durian Queen!
Istimewanya kedua-dua donat ini mempunyai isi durian sebenar dan bukan menggunakan perisa durian tiruan. Jadi memang tak rugi beli donat ni, rasa dia memang kaw-kaw padu!
Nak tahu apa beza donut Durian King dan Durian Queen? Senang je...
Durian King bentuk donatnya seakan-akan duri buah durian, manakala Durian Queen dihiasi topping gula melaka & krim durian.
Kalau korang nak #JomKenDurian dengan kedua-dua donat ini, korang tinggal pesan je dari website Big Apple atau order melalui Foodpanda, BeepIt dan Smartbite.
Tetapi ingat tau, tips nak enjoy donat durian daripada Big Apple ini ialah korang kena makan dalam masa 3 jam selepas pembelian -- baru korang akan dapat rasa macam makan buah durian sebenar yang umph! Hehehe....
Jadi tunggu apa lagi? Cepat-cepat order sementara promosi masih berlangsung.
Haaa...jangan lupa Big Apple Donuts & Coffee juga bakal mengadakan giveaway dari 6 hingga 26 Ogos ini. Korang pun boleh join tau hanya dengan melayari Facebook Big Apple Donuts & Coffee.
Selamat mencuba & enjoy donat durian korang!
Gambar Serawa Durian kredit kepada: tiffinbiru.com