Giler Ah, Sekarang Nasi Kandar Pun Dah Ada 'Drive-Thru' Kat Penang!

MAKAN-MAKAN
November 11, 2020 - 02:45 PM


Siapa dekat sini penggemar nasi kandar dan sanggup mai datang Penang semata nak pekena nasi kandar original, ayam goreng, telur masin, bendi dengan kuah kari campur?

Kalau anda antara peminat tegar hidangan popular Utara itu, anda jangan terkejut kalau datang Penang nanti tak perlu beratur panjang dah nak menikmati sepinggan nasi kandar kerana sekarang anda boleh saja 'drive-thru' untuk memesan makanan tersebut.

Lazimnya sebelum ini, konsep pembelian makanan pandu lalu ni kita biasa nampak untuk restoran makanan segera seperti McDonald's, KFC, Starbucks dan macam-macam lagi -- tetapi kali ni nasi kandar pun dah ada servis pandu lalu mereka sendiri tau! Gempak, kan...

Menurut portal Penangfoodie.comHussain Nasi Kandar mencatatkan rekod sebagai restoran nasi kandar pandu lalu yang pertama seumpamanya di Malaysia dan ia bakal dibuka di Stesen Caltex, Tol Sungai Dua, Pulau Pinang.

Restoran tersebut dijangka akan mula beroperasi dalam bulan November ini memandangkan mereka telah pun membuka iklan beberapa jawatan kosong.

Jika diteliti illustrasi reka bentuk restoran ini dalam bentuk 3 dimensi, ternyata restoran pandu lalu Hussain Nasi Kandar bukan kaleng-kaleng!

Ia menampilkan reka bentuk berkonsep moden dengan ruang makan berhawa dingin dan juga di luar premis, lengkap dengan lorong dan kaunter pandu lalu.

Bahkan ada juga netizen yang telah memviralkan rupa sebenar restoran drive-thru Hussain Nasi Kandar itu di Twitter.

Jadi, siapa yang lepas ni bercuti ke Pulau Pinang atau tak sanggup nak beratur panjang dan rushing nak balik KL -- mungkin korang boleh cuba tapau nasi kandar sedap tu untuk dibawa balik. Lagi cepat dan mudah, kan!

 

Destination: 
Artikel berkaitan