
Green Tea Frappucino Ala Sturbucks – Resipi Mudah
MAKANResipi asal dikongsikan oleh Lunch Box Bunch untuk mereka yang vegan. Menu asal sememangnya minuman yang agak popular di Starbucks iaitu Green Tea Frappuccino.
Kalau korang peminat frappucino ataupun green tea, bolehlah cuba. Kalau nak hadap Starbucks hari-hari pun, poket menipis nanti. Hehehe…
Ini adalah resipi mudah Green Tea Frappucino :
Bahan-bahan:
1 cawan susu segar
1/8 sudu ekstrak vanila
1 sudu gula kelapa – untuk beri rasa manis
1 cawan ais
1 sudu serbuk matcha teh hijau
Untuk hiasan boleh gunakan krim putar
Cara penyediaan:
- Masukkan susu bukan tenusu, ekstrak vanila, gula kelapa, matcha teh hijau dan ais ke dalam mesin pengisar.
- Kisar dengan kelajuan sederhana. Kalau nak pekat, tambahkan ais. Kalau nak lebih cair, tambah bahan-bahan diatas. Ini terpulang pada selera korang
- Tuang ke dalam cawan. Tambah lah whipped cream untuk mencantikkan air korang tu, kalau tak suka whipped cream, toksah la bubuh.
Hidangan diatas sesuai untuk 2 orang, maknanya kalau nak buat untuk sorang, semua separuh lah.
Kredit : Lunch Box Bunch
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video