Perkongsian Wanita Ini Viral, Resipi Red Velvet Oreo Cheesecake Guna 7 BAHAN JE!

MAKAN-MAKAN
July 06, 2021 - 01:37 PM


Sememangnya cheesecake dan oreo, dua ini menjadi rebutan orang ramai. Tapi korang pernah rasa biskut oreo campur dengan perisa red velvet tak dalam cheesecake? Memang lagi nyaman, bak kata orang Sarawak. 

Dengan menggunakan biskut Oreo perisa Red Velvet ini, Rasa cheesecake korang pasti lagi mantap dan enak!

Ini satu perkongsian dari pengguna Facebook, Rosmaliza Omar bagaimana beliau menggunakan hanya tujuh bahan dalam resipi beliau. Mari kita ikuti!

Antara bahannya ialah:

Bahan-bahan base Oreo

  • 2 bungkus biskut Oreo perisa Red Velvet (krim dan biskut diasingkan)
  • 1/4 cawan mentega (dicairkan)

Bahan-bahan kek

  • 500 gram krim keju
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 cawan yogurt (tanpa perisa)
  • 2 biji telur gred A
  • 15 keping Oreo perisa Red Velvet (dipatah empat)

Ikuti cara membuatnya seperti di bawah:

  1. Kisarkan biskut Oreo (tanpa krim) sehingga menjadi halus.
  2. Gaulkan Oreo kisar dengan butter yang dicairkan sehingga rata.
  3. Masukkan ke dalam loyak bulat 8" yang telah disapu mentega dan dialas dengan kertas minyak.
  4. Tekankan bes Oreo dan mentega sehingga padat.
  5. Kemudian, bakarkan bes Oreo selama 15 minit pada suhu 160°C. Angkat dan ketepikan.
  6. Untuk kek pula, putarkan krim keju, gula dan esen vanila hingga sebati.
  7. Seterusnya, masukkan yogurt dan pukul sehingga rata.
  8. Pecahkan telur satu demi satu dan gaul sehingga sebati.
  9. Masukkan Oreo yang sudah dipatah empat dan gaul menggunakan spatula sehingga rata.
  10. Menggunakan teknik steam bake atau water bath, balutkan loyang anda dengan pembalut aluminium dan letakkan loyang di dalam loyang yang lebih besar.
  11. Kemudian, masukkan kek ke dalam ketuhar. Penuhkan loyang yang paling besar dengan air panas.
  12. Seterusnya, bakarkan kek selama 45 hingga 50 minit pada suhu 150°C.

Apabila kek dah siap, hiasi lah kek anda dengan ikuti citarasa sendiri. Selamat mencuba! 

Sumber: SaysRozmaliza Omar (Facebook)