Resepi Cheesecake Gebu Ala Uncle Tetsu! Cubalah...

FOODIE
May 23, 2019 - 12:09 PM


Kek Keju atau cheesecake pada asalnya daripada orang Greek – bukan Grik di Perak tu, tapi Greek ni adalah etnik yang menetap di Greece dan disebarkan oleh orang Rom ke seluruh Eropah.

Masuk ke era moden, cheesecake moden ni dikhabarkan berasal dari Poland pulak, dia mempunyai campuran cottage cheese, crème pastissiere, susu masam dan keju. Pendatang dari Poland mula sebarkan kek ini ke US dan dari sinilah bermulanya pembuatan cream cheese di New York, pada tahun 1872. Mula dari sinilah, banyak resipi cheesecake ada bahan cream cheese ini.

Cheesecake Gebu Jepun

Cheesecake hanya ‘wujud’ di Jepun pada tahun 1873 setelah disebut dalam buku masakan pada era kerajaan Meiji yang pada waktu itu, tapi pada awalnya diorang hanya gunakan nasi dan cheese, tak dikira kek jugak. Cuma, idea dah ada di Jepun waktu itu.

Lama selepas itu, berlakunya perperangan dan waktu inilah geng-geng Amerika memperkenalkan kek cheese yang dibakar disamping pelbagai lagi makanan dan perasa. Mulai dari sini, rasa dan masakan Jepun sedikit tercorak dan berevolusi.

Bermula dengan pengenalan peti sejuk pada 1950, Jepun dah mula mengadaptasi penggunaan keju sepenuhnya dalam pembuatan cheesecake mereka. Makin berkembang dari tahun ke tahun, sehinggalah tahun 1990 dan secara rasminya cheesecake telah merebak ke seluruh tanah Jepun.

Selepas itu, muncullah nama-nama penting dan terkenal seperti PABLO dan BAKE yang memang terkenal dengan cheesecake versi masing-masing. Tapi, paling ‘femes’ disebut-sebut adalah variasi cheesecake yang ada di Hanjuku ataupun Hokkaido!

Begitulah sedikit sebanyak ‘sejarah’ pasal cheesecake, dan kenapa cheesecake dari Jepun ‘power’! Macam contoh yang ada sekarang ni dekat Malaysia, Komugi, Uncle Tetsu dan yang paling femes dalam kalangan ‘budak-budak’ sekarang adalah versi Family Mart.

Untuk versi Komugi, kitorang akan cuba cari resipinya, tapi kalau korang minat cheesecake ala-ala Uncle Tetsu, ini kitorang ada resipinya…

Senang je nak buat cheesecake gebu ni;

Bahan-bahan :

70gram butter

70gram gula

70gram tepung gandum (diayak dahulu)

200ml susu segar

4biji telur (asingkan telur putih dan kuning)

5 keping slice cheese

Beberapa titis esen vanila

 

Cara membuat

1) carikkan slice cheese kecil-kecil dan kemudian campurkan bersama susu segar

2) kemudian masukkan slice cheese bersama susu segar kedalam periuk, gunakan api perlahan dan kacau sehingga slice cheese tersebut cair.

3) kemudian masukkan batter dan kacau lagi sehingga betul2 larut.

4) tutup api dan biarkan sebentar

5) pukul putih telur bersama gula sehingga menjadi meringue (bertanduk)

6) masuk kuning telur kedalam bekas lain dan pukul kuning telur tersebut sehingga kembang

7) kemudian masukkan kuning telur tersebut kedalam adunan cheese tadi, kacau sehingga betul2 larut.

8) kemudian msukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau..pastikan adunan tidak berketul,

9) setelah semua betul2 larut dan x berketul baru masukkan meringue sedikit demi sedikit kedalam adunan tadi.

10) akhir sekali baru letak esen vanila

Cara bakar

1) sapukan keliling loyang dengan mentega, bawahnya letak kertas minyak.. Gunting ikut bentuk bekas tersebut

2) panaskan air untuk letakkan di bawah loyang tersebut

3) bakar dalam suhu 170 darjah selama 20minit kemudian turunkan suhu kepada 140 selama 40minit.. (ikut oven masing-masing)

Kalau betul caranya; hasil dia camgini;

 

Resipi Perkongsian Asal Dari FB | Qalisya Lisya Illa‎