Jangan Tak Percaya Daun Mulberi Pun Boleh Di Goreng Tepung Dan Banyak Khasiatnya

FOODIE
January 24, 2018 - 02:50 PM


Anda pasti pernah dengar nama buah mulberi. Bagi yang gemar bercucuk tanam, kami yakin buah mulberi pasti ada dalam taman anda!

Ramai yang suka tanam pokok mulberi kerana khasiatnya yang pelbagai. Selain buahnya yang sedap, tak ramai tahu yang daun mulberi juga boleh dimakan dan juga mempunyai khasiat yang pelbagai!

Jom cuba resepi ini! 

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil serbuk kari untuk sedikit rasa pedas.
  • Secubit serbuk lada putih & garam Air suam

Cara-cara:

  • Campur kesemua bahan dengan air suam.
  • Bancuhan hendaklah tidak pekat dan tidak cair.
  • Setelah kesemua bancuhan sebati, celup daun dan goreng sehingga garing.
  • Gunakan api sederhana.
  • Angkat, toskan dan sedia untuk dimakan.

Antara khasiat Daun Mulberi:

  1. Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)
  2. Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah
  3. Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi
  4. Membantu mengelakkan serangan sakit jantung
  5. Membantu dalam kehilangan berat badan
  6. Mengurangkan keadaan asma yang teruk
  7. Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda
  8. Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi
  9. Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan
  10. Mengurangkan kesakitan ketika datang haid
  11. Membantu perjalanan haid yang tidak teratur
  12. Menambahkan tenaga
  13. Meningkatkan produksi susu badan
  14. Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi
  15. Memiliki semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan
  16. Membantu, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kanser (antioksidan)