Jom Breakfast Sambil Menikmati Pemandangan Sawah Di Warung Tepi Sawah, Perlis

FOODIE
October 07, 2020 - 05:01 PM


Memang tak ada pengalaman unik lain bila korang datang Perlis dan makan breakfast sambil dihidangkan pemandangan sawah padi. Seperti yang korang tahu, sumber ekonomi utama negeri ini adalah tanaman padi. Jadi tak hairanlah negeri ini mempunyai pemandangan sawah yang sangat cantik, apatah lagi bila sawah tu dikelilingi gunung-ganang.

Dan salah satu kedai makan yang agak terkenal di Perlis adalah Warung Tepi Sawah. Kalau korang nak datang ke sini, sila datang awal sikit ya. Memang penuh dengan pelanggan yang tak sabar-sabar untuk mengisi perut mereka di pagi hari. Makanan di warung ini memang sedap dan menunya juga sama sahaja seperti kedai-kedai breakfast yang lain. Tapi, kalau korang nak rasa makanan tempatan, boleh order Roti Peknga.

Untuk korang yang tak tahu, Roti Peknga ni roti lembut yang diperbuat daripada kelapa dan dicicah di dalam sambal atau kuah kari, memang padu bak hang. Sedap gila. Lagi satu menu unik adalah Roti Lenggang, dia macam pancake la senang cerita dan sama juga macam Roti Peknga, korang boleh cicah ke kuah sambal atau kari. Pun sedap juga.

Of course la di negeri Perlis, harga makanan jauh lagi murah berbanding bandar-bandar lain. Jadi korang tak payah la nak berjimat sangat, makan je sepuas hati tanpa perlu risau poket korang akan kosong. Bukannya selalu nak makan tepi sawah padi kan.

Kalau korang datang awal atau datang pada hari minggu, kami suggest untuk duduk di tingkat atas. Lagi cantik pemandangan dia dan memang tenang je rasa jiwa. Sesuai untuk bawa satu keluarga dan pasangan kalau korang bercuti ke negeri Perlis.

Jika ada persoalan yang lebih lanjut korang bolehlah pergi ke laman utama kedai ni:

Facebook ǀ Instagram

Destination: