Jom Cuba Resepi Seminit Pasta ‘Bujang’ Sempoi

FOODIE
March 20, 2020 - 12:57 PM


Dalam kekalutan dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, pastinya ramai yang mulai buntu dan bosan berkerja dan ‘terperap’ di rumah. Memandangkan ramai yang terjejas tergolong dari kalangan orang bujang dan single (macam saya) eh!, pastinya setiap hari makan makanan yang sama agak membosankan.

Hari ini, cuba jugak kelainan dengan bahan – bahan yang ada. Maka terilhamlah ‘Pasta Bujang Sempoi’ yang hanya menggunakan 4 bahan sahaja iaitu pasta, mentega, telur dan kicap. Nama pun pasta bujang kan… Sesuailah dengan keadaan dan kos yang tidak terlalu besar.

Sebelum kita mulakan dengan resepi, suka nak tekankan yang anda boleh gunakan apa sahaja jenis pasta yang ada di rumah contohnya Spegheti, Macaroni, Fusili dan lain – lain. Cuma untuk perkongsian hari ini, yang ada dirumah adalah jenis spiral pasta atau dipanggil Fusili.

Bahan – bahan

­Fusili – satu magkuk kecil (boleh tukar apa sahaja jenis pasta)

Mentega – untuk bagi rasa lemak dan masa panaskan kuali

Telur – 2 biji

Kicap manis

 

Cara Membuat

#1. Rebus pasta pilihan anda sehingga empuk.

Masukkan secubit garam supaya ia lebih cepat masak.

Tips nak tahu pasta dah masak : ambil satu, campak ke dinding dapur (dinding berjubin), sekiranya melekat, dah masak lah tu.

 

#2. Toskan pasta tersebut

 

#3. Panaskan kuali leper (apa jenis kuali pun boleh). Macam tadi, saya gunakan periuk yang sama untuk merebus pasta.

#4. Masukkan sedikit mentega. Ini untuk dijadikan minyak masak sebenarnya. Dan bagi pasta kita jadi lemak sikit rasanya nanti.

 

#5. Masukkan pasta yang ditoskan tadi kedalam periuk / kuali. Gaul dan ratakan dengan mentega.

 

#6. Pecahkan dua biji telur dan gaulkan sehingga telur meliputi keseluruhan pasta.

 

#7. Masukkan kicap manis secukup rasa. (Boleh tambah sos tomato atau sos cili kalau nak pedas)

 

#8. Sedia untuk dimakan

Sempoi je resipi bujang kita ni. Untuk makan seorang. Kalau untuk lebih, sama juga, Cuma perlu banyakkan telur dan kicap untuk naikkan rasa. Boleh juga untuk tambahkan sedikit margerin atau planta bagi menambahkan rasa lemak pada pasta anda nanti.

Kalau nak tambah hirisan ayam pun boleh. Rebuskan sekali dengan pasta tadi (langkah 1), masukkan di langkah 5 sebelum masukkan pasta.

Selamat mencuba!