Jom Ikuti Tips Untuk Menikmati ‘Boba Tea Sihat’

FOODIE
July 29, 2019 - 02:54 PM


Minuman ‘Bubble Tea’ atau dikenali sebagai Boba Tea semenjak kebelakangan ini kembali menjadi fenomena seluruh negara.

Walaupun banyak artikel – artikel berkaitan kesihatan yang dikeluarkan tidak ‘bersependapat’ dengan tabiat minum boba tea yang boleh mendatangkan banyak mudarat, ramai yang masih teruskan dan ada yang boleh dikatakan setiap hari menikmati minuman tersebut.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad; kandungan gula yang terdapat dalam secawan boba tea adalah lebih dua kali ganda daripada jumlah pengambilan gula yang disyorkan dalam sehari.

Baru-baru ini, sebuah hospital swasta di Petaling Jaya ada berkongsi ‘tips’ untuk menikmati ‘Boba Tea Sihat’.

Melalui beberapa infografik yang dikeluarkan oleh Thompson Hospital, PJ, sekiranya minuman berkenaan dipesan dengan kandungan gula 100 peratus, ia sebenarnya bersamaan dengan 20 sudu the gula atau 400 kalori.

Saranan mereka, minta tahap gula yang paling rendah kerana secawan bubble tea sebenarnya mengandungi lebih banyak kandungan gula daripada satu tin air bergas.

Berikut perkara utama yang ditekankan; 

#1. Pilih Susu Segar

Jika korang betul-betul mahukan ‘Brown Sugar Boba’ pastikan ianya dipesan dengan susu segar. Apabila memilih susu segar, sekurang-kurangnya kita akan menerima kalsium serta protin yang juga penting untuk tulang, gigi dan otot yang kuat.

 

#2. Jangan Tambah Topping

Saranan kedua ni mungkin berat sebab inilah ‘penarik’ kenapa ramai suka minim boba tea ni. Kalau tak, baik pergi mamak dan pesan teh ais, betul tak?

Menurut mereka, ‘buble’ yang diperbuat daripada tepung ubi ini mengandungai 156 kalori dan itu tak temasuk kandungan gula dalam minuman berkenaan. Jadi, kalau betul nak minum pun, saranan pihak Thompson adalah pesan yang saiz paling kecil dengan tahap gula paling rendah.

Kekerapan?

Bukan untuk diminum setiap hari. Tak kiralah dari outlet mana dan sebagainya, Tak salah nak minum, cuma jangan minum hari-hari dan pandai-pandai 'top-up' balik dengan air masak/ air kosong. 

Lepas ni, kalau nak cuba boleh. Tapi ingat-ingatlah panduan kesihatan diatas ye. Sayangi diri anda! 

Sumber : Facebook | Thompson Hospital