Korang Peminat Tegar Boba? Jom Singgah Kafe 2D Yang Stylo Ni!
FOODIEKalau korang memang penggemar minuman Bubble Tea, korang wajib singgah ke sebuah kafe unik dan hipster ni yang dipanggil “Kafe 2D”.
Kenapa nama dia 2D? Dah tentulah sebab kafe ini berkonsepkan 2-Dimensi yang diinspirasikan daripada kafe 2D di Korea dan sememangnya sangat ‘Instagram-worthy’!
Kalau korang nak tahu Kafe 2D ni dah ada 2 cawangan tau!
Satu di Sunway GEO Avenue, Subang Jaya dan terbaharu juga masih di Subang Jaya tetapi di SS15 yang memang menjadi port kafe-kafe hipster.
Kedua-dua cawangan Kafe 2D ni berbeza tema dekorasi dalamannya tau.
Di Sunway Geo Avenue bertemakan Eropah dan Jepun, manakala cawangan di SS15 pula mengetengahkan konsep Mesir Purba!
Kalau sebelum ni di cawangan pertama ada juga menu makanan yang ditawarkan selain minuman Bubble Tea seperti Pasta Gochujang Chicken dan Thick Toast Crabmeat.
Tapi dengar kata di SS15, Kafe 2D hanya menjual minuman Bubble Tea sahaja kerana pemiliknya ingin menjadikan kafe tersebut sebagai ‘syurga boba’ buat pelanggannya.
Signature minuman di sini tentunya brown sugar fresh milk boba serta pelbagai variasi lain.
Malah bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan, mereka juga ada menjual Dreamy Strawberry, Matcha Berry, Mangolasi dan Chocolate Mint.
1) KAFE 2D (Tema Eropah & Jepun)
Alamat: F-03, 10, Jalan Lagoon Selatan, SUNWAY GEO AVENUE, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Rabu (12 tengah hari – 9 malam)
2) KAFE 2D (Tema Egypt)
Alamat: 44, Jalan SS15/4C, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Waktu Operasi: Setiap Hari (12 tengah hari - 12 tengah malam)
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, korang boleh follow Kafe 2D ni di Instagram.
Kredit : Facebook Kafe 2D