Laman Tebu Aidil Orkid - Port Best Pekena Air Tebu Fresh & Sangat 'Instagrammable'

MAKAN-MAKAN
November 10, 2020 - 04:11 PM


Kalau Kedah baru-baru ni viral dengan minum air nira segar dalam Ladang Nira Nipah -- Selangor juga tak kurang hebatnya apabila anda boleh merasai keenakan air tebu fresh yang ditanam sendiri di tengah-tengah ladang pokok tebu!

Jika ingin mencuba pengalaman tersebut, anda jangan lupa singgah di LAMAN TEBU AIDIL ORKID yang terlerak di Parit 3 Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor yang tidak jauh dari Pasar Jerami.

Lokasi ini sangat sesuai untuk anda kunjungi bagi minum dan makan-makan secara santai sambil menghirup udara segar sawah padi dan ladang tebu.

Malah, Laman Tebu Aidil Orkid ini juga sangat cantik dan memiliki panorama indah untuk anda jadikan sebagai port bergambar Instagram.

Menariknya gerai di sini menyajikan menu-menu yang ringkas tetapi sedap, antaranya Kepak dan Tongkeng Ayam Madu, Laksa, Nasi Lemak, Nasi Impit Ayam, Air Tebu dan buah buahan serta banyak lagi.

Dah datang ke sini anda jangan lupa untuk merasai sendiri kesegaran jus tebu yang ditanam dan diperah sendiri terus dari ladang ini.

Kalau anda nak tahu LamanTebu Aidil Orkid ini sebenarnya mempunyai sejarah yang tersendiri.

Ketika pandemik COVID-19 mula melanda negara awal tahun ini, keluarga pengusaha ladang ini dikatakan telah berbincang bagaimana untuk mendapatkan duit tambahan memandangkan eksport jualan bunga Orkid mereka terganggu.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membuka gerai di tepi jalan. Berkat kegigihan mereka, Laman Tebu Aidil Orkid akhirnya menjadi viral dan sering dikunjungi oleh ramai pengunjung.

Jadi kalau anda penduduk di sekitar Selangor atau Lembah Klang yang teringin nak cuba sendiri pengalaman minum air tebu segar di tengah-tengah rumpun pokok tebu seperti ini, jangan lupa datang ke Laman Tebu Aidil Orkid yang beroperasi dari pukul 2 petang hingga 7 malam.

Kredit Gambar: @ayunie_smy, @hanihamzah71 & FB Tourism Selangor

Destination: 
Artikel berkaitan