Wow, Nestle Bikin Kejutan! Bakal Keluarkan 'KitKat Vegan' Versi Tumbuhan

FOODIE
February 16, 2021 - 05:13 PM


Siapa antara korang merupakan penggemar coklat atau lebih spesifik peminat KitKat?

Semalam (15 Februari 2021) -- Nestle telah membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa mereka bakal mengeluarkan coklat KitKat dalam versi berasaskan tumbuhan atau 'Vegan' yang dinamakan sebagai "KitKat V"!

Walaupun, Nestle masih belum mendedahkan ramuan penuh bagi coklat keluaran terbaharu itu namun, syarikat tersebut memberi jaminan bahawa ia "tidak lama lagi akan mempunyai pilihan enak berasaskan tumbuh-tumbuhan yang menyajikan keseimbangan antara biskut nipis rangup dengan lapisan coklat lembut yang digemari ramai" sebagaimana yang diumumkan menerusi laman web rasmi Nestle.

Meskipun sebelum ini, Neste pernah melancarkan coklat berasaskan tumbuh-tumbuhan yang diperbuat daripada beras, bijirin, soya, kelapa, kacang dan badam sebagai pilihan kepada coklat tenusu -- namun ia majoriti adalah untuk keluaran produknya yang boleh didapati dalam bentuk aiskrim bukan tenusu, krimer kopi dan produk-produk lain buatannya.

KitKat V dikatakan akan dilancarkan pada lewat tahun ini di "beberapa negara", disahkan 'vegan' dan menggunakan 100 peratus koko yang diperolehi secara mampan.

Memandangkan produk tersebut masih lagi di peringkat ujian, ia hanya dijual menerusi kedai butik KitKat Chocolatory atau online serta menerusi beberapa peruncit terpilih sahaja.

Buat masa ini, ia dijual di Britain di mana KitKat pada asalnya dicipta di York dan juga di mana kajian bagi versi 'vegan' itu dijalankan.

Bagaimanapun ia tidak dijual di Amerika Syarikat di mana KitKat dihasilkan di bawah persetujuan pelesenanan bersama Hershey's.

Nestle menyatakan ia tidak akan mendedahkan butiran mengenai negara-negara lain yang menyertai pelancaran awal itu buat masa ini.

Sumber: Nestle
 

Destination: