Wow, McDonald's Tawar 3 Juta Kopi Percuma Untuk Korang Yang Dah Vaksin!

FOODIE
October 08, 2021 - 12:35 PM


Korang penggemar kopi dan nak Americano FREE? Ini ada satu berita baik untuk korang!

Sempena meraikan Bulan Kopi Antarabangsa, McDonald's Malaysia tampil berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia menerusi tawaran 3 juta cawan kopi McCafé Americano secara percuma kepada mereka yang sudah divaksinasi.

Ia sebahagian komitmen restoran khidmat segera itu, memberi sokongan, harapan dan semangat baharu kepada masyarakat untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik dalam tempoh mencabar ini. 

Baucar McCafé Americano mula diedarkan kepada individu yang sudah menerima vaksin di 75 pusat vaksinasi terpilih seluruh negara sejak pertengahan September 2021. 

Ia boleh ditebus secara percuma dengan mana-mana pembelian produk McDonald's sehingga 31 Disember 2021. 

Bagi mengukuhkan lagi semangat bersatu padu, sebanyak 3.5 juta cawan eksklusif #KitaBoleh turut ditawarkan di McCafé seluruh negara bagi menceriakan rakyat Malaysia dan mengingatkan mereka untuk terus sama-sama berdiri teguh dalam susah dan senang. 

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar, berkata McDonald's mengambil berat kesejahteraan rakyat Malaysia.

"Untuk terus meningkatkan semangat juang kita semua, kami memberikan baucar McCafé Americano percuma di pusat pemberian vaksin terpilih di seluruh negara sebagai tanda terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan mendapatkan vaksinasi.  

"Kami komited menyokong masyarakat dengan apa jua cara dan salah satunya adalah melalui minuman kopi yang sememangnya menjadi kegemaran pelanggan kami," katanya.

Selain diberi pilihan menikmati secawan kopi premium, pelanggan juga berpeluang menukar McCafé Americano dengan minuman Iced Latte pada harga hanya RM1 menerusi pembelian hidangan McValue.

"McCafé diperkenalkan pada 2012, membawakan pengalaman espresso dan kopi premium berkualiti tinggi kepada semua rakyat Malaysia dengan harga yang berpatutan. Kopi berkualiti yang disediakan oleh barista terlatih kami boleh dinikmati pada bila-bila masa.  

"Untuk Bulan Kopi Antarabangsa tahun ini, kami berbesar hati menawarkan promosi istimewa untuk semua peminat kopi, supaya mereka boleh menikmati McCafé Iced Latte dengan McValue Meal mereka," tambah Azmir.

Selain tawaran baucar dan McCafé Iced Latte bernilai RM1, McDonald's Malaysia turut menawarkan pelbagai promosi tambahan untuk McCafé menerusi aplikasi McDonald's sepanjang Oktober.

Antaranya tawaran RM1.99 untuk minuman Iced Latte bersaiz medium, diskaun 50 peratus untuk pelbagai minuman McCafé terpilih dan tawaran istimewa untuk kek McCafé terpilih.

Dihasilkan daripada 100 peratus bijian kopi Arabica berkualiti premium, dipanggang sederhana gelap dan baru dikisar, hidangan minuman McCafé pasti memikat selera dengan harga istimewa bermula daripada RM3.99 sahaja.

Paling penting, setiap cawan McCafé hanya disediakan selepas menerima pesanan pelanggan bagi memastikan kesegaran kopi dan mengekalkan aromanya. 

Semua minuman dan hidangan pencuci mulut di McCafé mematuhi piawaian Halal dan keselamatan makanan serta menerima pensijilan sah daripada Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM). 

Bijian kopi yang digunakan untuk membuat minuman berasaskan espresso di McCafé pula diperolehi daripada sumber yang lestari membabitkan pembekal yang disahkan halal.

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai tawaran menarik di McCafé sepanjang Oktober ini, layari https://www.mcdonalds.com.my/promotion/keep-going-with-mccafe  atau muat turun aplikasi McDonald's menerusi Google Play atau Apple Store.

Sumber: Berita Harian

Destination: