Asyik Makan Kat Restoran Je, Sesekali Makan Dalam Bas Pun Layan Juga Kan! Nah, 4 Bas Yang Korang Boleh 'Dine-In'

FOODIE
September 22, 2020 - 03:01 PM


Kalau sebelum ini ramai membayangkan menikmati sajian enak dalam kereta api sudah cukup unik, namun trend terkini menyaksikan makan di dalam bas vintaj semakin menjadi pilihan terbaharu.

Selain merasai suasana yang lebih mesra dan romantik apabila makan bersama orang tersayang di atas meja yang diubahsuai di dalam bas -- pemandangan di luar bas juga menawarkan satu pengalaman makan yang mengimbau nostalgia lama serta sesuai untuk meraikan sambutan istimewa.

Berikut ada 4 pillihan tempat makan berkonsepkan restoran dalam bas yang boleh korang kunjungi bersama keluarga, pasangan atau rakan-rakan :-

1) BW Bus Restaurant, Ranau, Sabah

BW Bus Restaurant yang terletak di Ranau, Sabah misalnya menawarkan pengalaman hebat itu kepada semua pelanggannya.

Ia dimiliki oleh seorang usahawan muda bernama John Chin yang membeli 4 buah bas vintaj yang kemudian diubah menjadi sebuah restoran.

Disebabkan bas di sini diletakkan di tempat yang tinggi, majoriti pelanggan memberi jolokan bas ini sebagai "bas terbang"!

Uniknya, jika korang menikmati hidangan di dalam bas ini korang bahkan dijamu dengan pemandangan memukau Gunung Kinabalu dari tingkap bas berkenaan.

Selain makanan Barat, BW Bus Restaurant  turut menyediakan lebih 10 jenis minuman. Antara yang wajib dicuba ialah set air milo gergasi khas untuk mereka yang berselera besar.

Namun, makanan signature bas terbang itu iaitu aiskrim kelapa juga perlu disenaraikan dalam pesanan. Ia dipenuhi dengan kelembutan isi kelapa yang dikisar halus dan lemak manis rasanya.

Sebagai bonus tambahan, BW Bus Restaurant turut dihiasi dengan rumah kaca dan gelongsor gergasi yang pasti menarik perhatian anak-anak untuk bermain.

  • Alamat: Batu 7, Kampung Pinausok Kundasang, Ranau, Sabah
  • Waktu operasi: 9 pagi hingga 9 malam
  • Menu signature: Aiskrim kelapa
  • Harga: RM5 hingga RM30
  • Facebook: BW Bus Restaurant
  • Instagram: @bwbusrestaurant
  • No Tel: 014-358 8106

2) Bus Cafe Sekinchan, Selangor

  • Alamat: Jalan Tali Air 4, Tanjong Karang, Selangor
  • Waktu operasi: 11 pagi hingga 9 malam (tutup setiap Selasa dan Rabu)
  • Sajian signature: Honey Grilled Smoke Duck dan Fried Chicken Chop
  • Harga: RM3 hingga RM26
  • Facebook: N16 Bus Cafe Sekinchan
  • Instagram: @buscafesekinchan
  • No Tel: 012-809 2216

3) Night Bus 127, Jenjarom, Selangor

  • Alamat:Lot 389, Jalan Klang Banting, Batu 13 Jenjarom, Selangor
  • Waktu operasi: 5 petang hingga 12 malam (tutup setiap Selasa)
  • Sajian signature: Homemade Lamb Burger
  • Harga: RM8 hingga RM40
  • Facebook: NightBus 127
  • Instagram: @nightbus127
  • No Tel: 011-2626 4127

Baca Artikel Berkaitan: Nightbus 127 di Jenjarom Membawa Pengunjung Kembali Zaman Dulu-Dulu

4) Azra Grill, Rawang, Selangor

  • Alamat: Restoran Bas Azra Grill, Arked Sri Bengkulu, Simpang 3, Sungai Choh, Rawang Selangor.
  • Waktu operasi: 12 tengahari sehingga 12 malam (tutup setiap Rabu)
  • Sajian signature: Chicken Grilled dan Beef Rib Eye Steak
  • Harga: RM9.90 hingga RM17.90
  • Facebook: Azra Grill
  • Instagram: @azragrill
  • No Tel: 010-3535736
Destination: