Jom Makan-Makan Di Melaka Food Festival 2019!

FOODIE
August 22, 2019 - 11:21 AM


Dalam usaha merancakkan Tahun Melawat Melaka 2019 dan Tahun Melawat Malaysia 2020, "Melaka Food Festival 2019" akan diadakan di Jalan Kota Banda Hilir selama 2 hari, pada Sabtu dan Ahad ini.

57 gerai termasuk sembilan 'food truck' melibatkan lima segmen iaitu 'Taste of Melaka', 'Melaka Viral Food Festival, 'Melaka Handicraft Food Festival', 'Melaka Food Truck Festival' dan 'Melaka Vendor Festival' disediakan pada festival yang bermula 9 pagi hingga 5 petang itu.



Seramai kira-kira 30,000 pengunjung tempatan dan luar negara dijangka hadir pada festival itu.

Melaka Food Festival 2019 ini juga merupakan platform memperkenal dan mempromosi makanan serta kebudayaan Melaka kepada pelancong tempatan dan luar negara, di samping membantu peserta menjana pendapatan.

Bagi segmen 'Taste of Melaka', pelbagai demonstrasi masakan akan diadakan antaranya dodol Melaka, kuih bahulu, kuih bakar serta makanan Baba dan Nyonya.

Manakala untuk makanan viral di negeri itu, antaranya Coconut Shake Batu Berendam, Cikitang dan 'Sotong Bakau Dagha' juga akan dijual menerusi segmen 'Melaka Viral Food Festival'.



Pada festival itu juga, Melaka akan melancarkan 'Visit Truly Asia Malaysia 2020’ peringkat negeri sebagai kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 pada 24 Ogos jam 3 petang.


Sumber: Bernama