Korang Kaki Makan? Jom Serbu 'Food Truck' Terbesar Di Dunia, Mac Ini Di Bukit Jalil!

FOODIE
January 21, 2020 - 05:54 PM


Makanan dan rakyat Malaysia memang tak dapat dipisahkan!

Jadi tak hairan kebanyakan restoran di negara kita ni dibuka 24 jam bagi memenuhi permintaan pelanggan yang sentiasa lapar!

Kalau korang antara yang suka 'Jalan-Jalan Cari Makan', korang kena bersedia join SME Mobile Truck Revolution 2020 - World's Largest Food Truck Rally, pada Mac depan.

Festival trak makanan terbesar di dunia itu bukan sekadar festival biasa-biasa, sebaliknya ia dalam cubaan memecahkan rekod Guinness World Record.

Selain disertai oleh ratusan pengusaha makanan daripada Pengusaha Kecil dan Sederhana (SME) tempatan, festival berkenaan juga bakal dimeriahkan dengan peniaga trak makanan daripada jenama terkenal seperti Kyochon, Texas Chicken, Pizza Hut, Krispy Creme, Kenny Rogers dan sebagainya.

Nama Acara: SME Mobile Truck Revolution 2020 - World's Largest Food Truck Rally 

Tarikh: 21 dan 22 Mac 2020

Lokasi: Kawasan tempat letak kereta terbuka Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Masa: 5 petang hingga 12 tengah malam

Jumlah Trak Makanan: 300 

Sasaran Pengunjung: 150,000 - 180,000 orang

Selain menikmati pelbagai juadah yang dijual, korang juga boleh membuat undian menerusi Mobile Truck Awards yang menawarkan hadiah sehingga RM100,000 bagi mengangkat pemenang menerusi kategori seperti Makanan Terbaik, Rekaan Trak Terbaik, Trak Paling Popular dan Cef Trak Terbaik.

Lebih menarik, korang juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah termasuk cabutan bertuah.

P/S: Jadi tunggu apa lagi? Jom ajak kawan-kawan dan keluarga serbu Festival Trak Makanan Terbesar Di Dunia itu pada bulan Mac nanti! Siap-siap set kat kalendar korang tau!

 

Destination: