Domino's Tampil Dengan Sos ‘Top Secret’ Pedas Memikat, Korang Bakal Jatuh Cinta Pada Gigitan Pertama!

FOODIE
April 28, 2021 - 12:09 PM


Mencari sesuatu yang baharu dan menarik untuk menyemarakkan hidup anda? Tidak perlu tercari-cari lagi Top Secret Sos Domino’s yang terkenal telah melancarkan tambahan perisa pedas yang terkini!

Membawa sentuhan baharu kepada Pencinta Top Secret Sos, Top Secret Sos ini yang penuh dengan krim, bawang putih, dan mentega kini mempunyai tambahan rempah ratus dan kerangupan untuk memberikan lebih kelazatan!

Terkini, didorong oleh sambutan yang luar biasa untuk piza Top Secret Sos, Domino's Piza telah melancarkan varian Sos ‘Top Secret’ Pedas Memikat yang baharu - Spicy Tuna Temptation, Spicy Vegie Fiesta, Spicy Classified Chicken dan Spicy Chicken Confidential.

Domino’s juga akan memperkenalkan Spicy Fling Breadstix dan Spicy Fling Chicken Wings agar pelanggan dapat menikmati piza mereka dengan sentuhan pedas yang boleh didapati untuk masa yang terhad sahaja.

via GIPHY

Bagi yang mengidam perisa pedas, tambahan baharu Sos ‘Top Secret’ Pedas Memikat disisipkan dengan kuah cili pedas unik yang digabungkan dengan pasli kering dan kerepek bawang putih, menyatukan perisa campuran yang pasti memuaskan citarasa seseorang.

Sos ‘Top Secret’ Pedas Memikat menawarkan pengalaman gastronomi yang enak penuh dengan krim dan bawang putih, dengan perisa pedas sederhana yang akan menyemarakkan pancaindera seseorang.

Oleh sebab Pencinta Top Secret Sos meminati perisa khas sos rahsia, Domino's menambah taburan rempah dan cinta pada piza dan makanan sampingannya yang pasti memenuhi setiap selera.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan, Domino’s Piza Malaysia & Singapura, Linda Hassan, “Dengan rempah yang enak, Sos ‘Top Secret’ Pedas Memikat adalah versi perisa pedas daripada piza Top Secret Sos popular kami yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia di seluruh negara. Top Secret Sos kami merupakan pilihan yang terlaris dan paling digemari dalam kalangan peminat kami dengan gabungan krim, keju dan bawang putih yang unik dalam empat rasa yang berbeza. Kami memahami kegemaran rakyat Malaysia terhadap makanan pedas, oleh itu kami memperkenalkan piza dan sampingan makanan pedas melalui Sos ‘Top Secret’ Pedas Memikat.”

“Bagi pelanggan yang sinonim dengan piza kami yang dilengkapi dengan sos rahsia, Sos ‘Top Secret’ Pedas Memikat serba baharu ini akan menjadi alternatif yang lazat daripada pesanan biasa anda. Yakinlah bahawa Spicy Fling dibuat khas dengan kombinasi sempurna perencah cili pedas dan perahan cili yang sesuai untuk setiap citarasa.”

“Selaras dengan janji kami “It’s All About You”, kami terus berusaha untuk memuaskan peminat kami dengan keunggulan yang konsisten dalam kualiti makanan dan pengalaman. Kami melihat ini sebagai masa yang tepat untuk memanfaatkan profil rasa tempatan Malaysia dan membawa sentuhan baharu yang menarik. Kami berharap pelanggan menikmati tawaran masa terhad ini dengan insan tersayang dan pastikan untuk mencuba semua varian yang sedia ada,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada menu Domino's Everyday Value Buy 1 Free 2, pelanggan juga diberikan lebih banyak item percuma untuk dipilih dengan penghantaran Zero Contact percuma dalam jaminan masa selama 30 minit.

Lagipun, siapa yang tidak mahu piza mereka yang masih panas untuk tiba di depan pintu mereka dan siap untuk dimakan?

via GIPHY

Hanya untuk masa terhad, piza Domino’s Sos ‘Top Secret’ Pedas Memikat boleh didapati dalam saiz Personal, Regular, Large and Xtra Large dari kedai Domino’s di seluruh negara.

Pelanggan boleh menambah Spicy Fling Breadstix dan Spicy Fling Chicken Wings untuk RM10.90 and RM14.90 sahaja.

Dapatkan piza Sos ‘Top Secret Pedas’ Memikat anda dengan menu Domino's "Buy 1 Free 2" dan nikmati kelazatan baharu ini dengan jaminan penghantaran Zero Contact dalam 30 minit secara PERCUMA!

via GIPHY

Untuk maklumat lanjut, korang boleh terus ke pautan rasmi Domino's Pizza dan juga laman sosial mereka.

Website: https://www.dominos.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/DominosMY
Instagram: https://www.instagram.com/dominosmy/

Destination: