'Kafe Kereta Api' Tarikan Terbaharu Di Pekan, Pahang

FOODIE
January 25, 2022 - 03:13 PM


Bila sebut tentang Pekan, Pahang pasti ramai yang tidak menyangka bahawa terdapat banyak tarikan pelancongan yang menarik untuk dilawati sebagaimana daerah lain di negeri itu seperti Cameron Highlands, Bukit Fraser, Pulau Tioman, Kuantan dan Temerloh.

Terbaharu Pekan yang terkenal dengan gelaran sebagai "Bandar Diraja" mempunyai satu lagi tarikan yang wajib untuk dikunjungi iaitu Kafe Muzium Kereta Api.

Kafe ini berkonsep unik dan merupakan suatu pengalaman yang jarang dialami apabila anda berpeluang menjamu selera di dalam koc kereta api.

Kafe Kereta Api ini terletak bersebelahan Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan.

Idea untuk mewujudkan Kafe Kereta Api ini adalah inisiatif untuk memelihara sejarah Kereta Api Tanah Melayu (KTM) sebagai salah satu penyedia pengangkutan kereta api di Pahang.

Mengikut makluman yang diterima, kafe tersebut dibina daripada 1 Lokomotif KTM Class 22 dan 3 koc.

Dikhabarkan Kafe Kereta Api itu telah dibuka pada 17 Januari lalu.

Kalau korang berminat untuk ke sana waze saja Kafe Belibis, Pekan, Pahang.

Sumber: Kuantan Loka & Kredit Gambar: Mahila Ramlan

Destination: