Kit Kat Jepun Keluarkan Set Edisi Khas Sempena Ulang Tahun Ke-45

MAKAN
November 26, 2018 - 05:56 PM


Jealous betul dengan Kit Kat yang ada dekat Jepun!  Kalau sebelum ni, kita selalu nampak orang yang travel ke sana kongsikan bermacam-macam jenis Kit Kat di pasaran sana.

Sejak diperkenalkan pada 1973, Kit Kat telah menghasilkan 350 perisa untuk pasaran di Jepun.

Kali ini, untuk ulang tahun ke-45 syarikat tersebut, Kit Kat Jepun keluarkan set edisi khas!

Set edisi khas Kit Kat Jepun ini mempunyai 35 Kit Kat pelbagai perisa seperti teh hijau, Momiji Manju, Japanese Strawberry dan banyak lagilah perisa yang hanya ada untuk pasaran Jepun. Kalau cari dekat Malaysia, mungkin jumpa, tapi tak banyak.

Bagi pengumpul koleksi Kit Kat, set edisi khas ini memang mengancam sebab ia didatangkan dalam sebuah beg khas. Set ini dikatakan dijual hanya di kedai-kedai terpilih di Jepun dengan harga $55 (RM230.86). Jadi kalau ada kawan-kawan yang ada dekat Jepun tu, kirim la dekat diorang, mintak bawak balik.

Ini Perisa Yang Ada Dalam Pek Tersebut

Oh, satu lagi, ada juga perisa yang tak halal ye (sake) dalam set ini. Jadi kalau nak simpan sebagai perhiasan, takpe. Untuk makan, jangan la makan yang tak halal punya.

 

Destination: 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video