Le Meridien KL Tawar Bufet Ramadan Bertemakan 'Citarasa Harmoni'





Bersempena Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, Le Meridien Kuala Lumpur bakal membawakan promosi iftar istimewa bertemakan 'Citarasa Harmoni' yang menghidangkan masakan tradisional kampung sehingga sajian ala Jepun dan Barat.

Demi meraikan tetamu yang ingin berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan, Eksekutif Sous Chef Le Meridien, Chef Budiman Bistari Mohamed telah menyusun senarai khas 7 menu berbeza setiap hari bagi memberi pilihan mengikut citarasa dan keinginan anda.

Tahun ini, menu paling menarik yang wajib anda cuba semestinya hidangan kambing berbiri panggang dengan rempah Al-Kausar, udang galah tempoyak, daging pesamah utara dengan rebung dan kerisik, ikan tongkol berlado hijau, ayam kalio serta rendang daging utara yang lembut dan sangat sedap.

Tak lengkap rasanya juadah kampung tanpa ulam-ulaman dan juga kerabu.

Di sini disediakan 5 jenis kerabu istimewa iaitu kerabu satay ayam, kerabu nyonya hidupan laut yang dihidangkan bersama sambal kelapa tumbuk, kerabu ikan salai, kerabu perut bakar serta kerabu pucuk ubi bersama daging racik dan cabai merah.

Mood berbuka di Latest Recipe, Le Meridien ini pastinya membangkitkan suasana harmoni dengan hiasan dalaman bercirikan kampung dan kemeriahan Aidilfitri, ditambah pula persembahan 'live goreng-goreng' oleh barisan chef bertugas yang bersiap sedia memasak hidangan panas-panas seperti aneka pisang, nangka, keledek, keladi, sukun, cempedak dan keropok lekor khas buat anda.

Kepada anda yang ingin bertukar selera masakan antarabangsa, jangan risau kerana Le Meridien juga membuka stesen hidangan Cina, India, Jepun dan Barat. 

Sebagai pemanis mulut, tetamu disediakan dengan ABC, cendol, aiskrim, marshmallow dan buah-buahan segar bersalut coklat, kuih-muih tradisional Melayu seperti kuih tepung talam, apam balik, lompang warna warni, kuih ketayap, kuih cara manis, tepung pelita dan wajik serta pelbagai jenis kuih raya.

Tapi yang mesti anda cuba adalah pengat durian yang dimakan bersama roti jala pandan. Confirm terangkat!

Dipadankan pula dengan pilihan minuman seperti air kurma, tebu, soya, cincau dan minuman panas.

Bufet Ramadan 'Citarasa Harmoni' ini bermula dari 6 Mei hingga 4 Jun 2019 dan berharga RM180 untuk dewasa manakala RM90 bagi kanak-kanak.

Namun jika anda membuat pembelian awal, potongan harga ditawarkan iaitu RM128 bagi dewasa dan RM64 untuk kanak-kanak.

Lagi best sekiranya anda merupakan ahli Marriott Bonvoy, anda bakal menikmati 10% diskaun daripada harga pembelian awal.

Untuk maklumat lanjut serta tempahan, emel kepada dining.lmkl@lemeridien.com atau hubungi 03-2263 7434.

;