Makan Sambil Rendam Kaki Di Sungai Yang Pasti Puas Hati

FOODIE
November 09, 2021 - 05:30 PM


Bila sebut tentang sungai, tentu kita terbayang akan kenangan kita bermandi dan juga berkelah bersama-sama di tepi sungai. Namun korang pernah tak merasa pengalaman makan sambil merendam kaki di sungai ? Kalau anda belum pernah merasai pengalaman ini dan ingin mencubanya, min nak recommend kat korang satu tempat untuk korang try.

Bayangkan sambil-sambil meneman anak-anak mandi tu, korang boleh makan di tepi sungai sambil merendam kaki. Tentu sekali ini akan menjadikan kenangan manis buat anak-anak korang malah korang pun boleh berehat menenangkan fikiran sambil mengawasi mereka. Makanan-makanan yang terdapat di sini juga amat menarik dan berpatutan. 

Jika korang berminat, pastikan korang tempah awal dan bukan datang secara terjah kerana tempat ini selalu penuh. 

Lokasi : Castella Cafe, Kampung Padang Stang Mukim Kerunai, Gerik Perak. 
Waktu Operasi : 12.00 tengahari hingga 5.00 petang. Kedai tutup pada hari Selasa.

Untuk tempahan sila wasap: 019-5391707

Selain dari itu terdapat juga beberapa pakej yang ditawarkan di tempat ini untuk korang menginap dan melakukan aktiviti-aktiviti yang disediakan. 

Destination: