Meat Cartel BBQ Selayang Dah Pindah Ke Eco Ardence

FOODIE
February 22, 2019 - 03:36 PM


Jika anda pernah tengok cara orang Texas makan daging BBQ di televisyen, anda mesti tahu tentang cara masakan mereka yang unik dan mengekalkan tekstur daging.

Meat Cartel BBQ, bukan sahaja membawakan konsep daging yang baru, malah cara masakan mereka serta resipi tersendiri mampu membuatkan anda nak cuba lagi.

Di Meat Cartel, terdapat 4 pilihan menu utama iaitu Sliced Beef Brisket, Pulled Lamb, Beef Short Ribs dan Smoked Chiken. Anda boleh padankan dengan hidangan sampingan sama ada Fries, Baked Beans, Salad ataupun Butter Rice.

Daging yang dimasak perlahan selama 12 jam sangat empuk dan sedap. Malah, anda boleh nikmati kemanisan atau rasa sebenar daging tanpa sebarang sos.

Selain itu, jika anda datang beramai-ramai, mereka juga ada sediakan set. El Sicarios (2-3 pax), El Capitan (3-4 pax) dan El Patron (4-6 pax). Setiap set ini anda juga boleh pilih hidangan sampingan.

Menurut pemilik Meat Cartel, ramai pelanggan salah anggap tentang kedainya pada peringkat awal. Rata-rata meminta steak ataupun chicken chop disebabkan tiada pendedahan terhadap cara masakan BBQ ala -Texas.

Jangan risau, jika anda keliru untuk membuat pesanan disini, mereka turut sediakan fakta makanan dan anda boleh baca dan fahamkan sebelum membuat pesanan. Pelayan diorang jugak peramah, mintak je diorang suggestkan.

Kami cuba ini semalam : El Sicarios

Kalau anda berminat nak ke sini, bolehlah ke : Meat Cartel BBQ, gs-10 jalan 2/1 Stadium MPS, Bandar Baru Selayang. Alamat baru di : Lab 23, Ardence Labs, Persiaran Setia Alam, Eco Ardence (9.30 mi)
Shah Alam, Malaysia 40170
Kedai ini dibuka setiap hari pada 5 petang hingga 12 malam kecuali hari Khamis. Khamis tutup ye =D .

 

Maklumat lanjut boleh ke Facebook : Meat Cartel BBQ atau ke www.meatcartelbbq.com