Merchant's Lane - Kafe Estetik Klasik Yang Bagi Vibe Santai Untuk Lepak

MAKAN-MAKAN
February 24, 2021 - 07:16 PM


Kalau korang sukakan hiasan dalaman ala-ala klasik, pokok-pokok, dan kafe yang bagi korang vibe santai macam lepak dekat laman rumah sendiri, korang patut cuba Merchant's Lane. Merchant's Lane ini walaupun agak dikenali, boleh dikatakan hidden gem sebab kalau korang first time pergi, mungkin korang akan agak clueless mencari lokasi kafe ini. 

Lokasi Merchant's Lane terletak betul-betul di atas kedai alat tulis Kiat Leong Stationery & Trading, dan pintu masuk ke tangga yang akan bawa korang ke Merchant's Lane terletak di sebelah kiri kedai alat tulis itu. 

Hiasan dalaman di Merchant's Lane ini banyak menggunakan perabot-perabot klasik dan penggunaan warna-warna yang terang, dan dipenuhi dengan pokok-pokok di ruang makan bahagian belakang memberikan feels macam korang tengah lepak dekat laman rumah sendiri. 

Pengunjung yang pernah datang ke Merchant's Lane pernah memberikan feedback yang lagu-lagu yang dimainkan di dalam kafe sangat uplifting, so akan buat korang lebih ber-mood nak lepak dengan geng korang kat sini. 

Menu dekat sini pula sangat simple dan straight-forward, Merchant's Lane sediakan makanan western yang diberikan local fusion. Menu dekat Merchant's Lane ini tak berubah sejak dibuka.

Antara yang femes kat sini ialah South China Sea, Kai Fan, dan untuk korang yang suka minum kopi, kopi-kopi yang Merchant's Lane sediakan memang mantap.

Jadi tunggu apa lagi? Kalau korang suka kafe-kafe yang ada vibe macam ini, boleh cepat-cepat datang! Tapi ingat, patuh pada SOP, pakai topeng muka dan sentiasa jaga jarak sosial. 

  • Merchant's Lane, 
  • 150, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu berniaga: 11.30am - 10pm, tutup pada hari Rabu.

Sumber: Crisp Of Life, Kuala Lumpur

Destination: