Ruma Puteh - Kafe Instagrammable Dari Setiap Sudut Yang Korang Wajib Serbu

MAKAN-MAKAN
February 23, 2021 - 06:07 PM


Memandangkan SOP sekarang boleh bergerak lebih 10km dan kedai makan juga dibenarkan untuk 'dine-in' mengikut keluasan meja, mereka yang berada di Kuala Lumpur yang suka mencari tempat-tempat baru untuk ambil gambar, korang wajib serbu Ruma Puteh yang terletak berdekatan Taman Tasik Titiwangsa dan Istana Budaya.

Ruma Puteh ini asalnya adalah sebuah rumah yang diubahsuai menjadi kafe dengan dekorasi bertemakan taman dan minimalis. Pengunjung Ruma Puteh akan disambut dengan gerbang putih yang sangat instragrammable, jadi mungkin korang akan mula ber-photoshoot sebelum sempat order makanan. 

Bagi korang yang suka makan sambil duduk dalam taman boleh-lah duduk di luar di mana korang akan dikelilingi oleh pokok-pokok yang memenuhi laman Ruma Puteh. Ataupun, korang boleh duduk dan makan di dalam kafe dengan aircond, dan dihias dengan dekorasi minimalis. 

Kena dengan nama Ruma Puteh, kafe kini ini banyak menggunakan elemen berwarna putih sebagai dekorasi selain warna krim, dan warna-warna lembut yang lain

Ruma Puteh menyediakan pilihan menu makanan masakan tempatan dan juga masakan barat. Tetapi, antara menu yang menjadi bualan panas ialah menu masakan Johor seperti Lontong Darat, Laksa Bugis, dan Kacang Phool. 

Jadi sementara dalam PKP, warga KL tunggu apa lagi, jom kumpul gambar untuk penuhkan feed instagram korang. Tapi ingat, patuh pada SOP, pakai topeng muka dan sentiasa jaga jarak sosial. 

  • Ruma Puteh
  • 60A, Jalan Kuantan, Taman Tasik Titiwangsa, 54200 Kuala Lumpur.
  • Waktu berniaga: 11am-10pm, Selasa-Ahad.

Sumber: Eat Drink KL 

Destination: