Nak Cuba Buat Sambal Belacan Paling Sedap Dan Tahan Lama? Ini Caranya

FOODIE
December 24, 2018 - 03:28 PM


Sambal belacan, nampak macam simple. Tapi kalau tak kena cara buat dia, tak ‘kick’. Orang Malaysia ni, sesetengahnya memang tak selera sangat kalau tak ada sambal belacan kan? Kadang-kadang, sampai ke kedai mamak pun, cuba jugak nasib tanya “ada sambal belacan tak boss?”.

Memang tak dapat dinafikan cara-cara nak buat sambal belacan yang sedap dan tahan lama memang banyak. Kena pulak waktu sekarang ni, maklumat dihujung jari. Bukak google, dah boleh jumpa.

Godek-godek Facebook tadi, terjumpa dalam group masakan yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Cik Ca. Tambahnya, kalau siapa yang minat sambal belacan yang tak berapa nak pedas, boleh gunakan resipi sambal belacan ni.

Sambal tak perlu ditumis, dan ia akan masak slow-slow menggunakan air perahan limau.

Untuk sukatan, dia berikan macam ni tapi jangan keliru tau, sukatan untuk satu, gambar yang diberikan dia dah gandakan 5. Sebab menurut CA ni, dia suka buat bebanyak... Hehehe...

Bahan-Bahan Untuk Buat Sambal Belacan Sedap :-

4 ulas bawang merah saiz 50 sen (kalau saiz besar bawang bombay 2 dah cukup) dibakar
2 ulas bawang putih
1 inci belacan bakar juga (alur air sebelum bakar)
5-6 biji cili merah besar
9-10 biji cili hijau thai buang tangkai
3 sudu besar Gula putih
2 sudu kecil Garam
1 sudu kecil serbuk perasa
2 sudu besar cuka makan
9-10 biji asam limau kasturi saiz kecik kalau saiz sederhana besar 6/7 biji
1 sudu besar gula perang untuk cantikkan sambal

Cara Penyediaan : -

Potong cili ,alur air sekejap (biarkan bawah air paip) sambil gosok dan tos biar kering.Boleh lap dengan tisu juga.Itu tips juga tu nak bagi sambal belacan sedap dan tahan lama.
.
Dalam pengisar masukkan semua bahan kecuali cili.

Bawang bakar tadi,gula,garam gula perang,air perahan limau kasturi,belacan,bawang putih,cuka .Tapis ketika perah limau kasturi tuk elak biji masuk.

 

Lepas tu kisar bagi lumat atau macam mana yang korang nak.


.
Barulah masukkan cili bersama 1 biji setengah kulit limau tanpa sebarang biji dan tangkai.Kisar ikut tahap lumat yang korang.

 


..
lepas tu tabur kulit limau yg diparut daripada 3 biji yang diperah tadi kalau suka. Lepas tu rasa dan adjust ikut tekak untuk final taste kalau ada terlebih terkurang.
.
Simpan kat luar semalaman,esok baru simpan dalam peti dan mula makan.

Makin lama makin sedap.

Kredit : FB | Cik CA via Masak Apa Harini