Ini "Rare" Nasi Lemak Goreng di Petaling Jaya

FOODIE
December 04, 2017 - 11:13 AM


Nasi lemak dan rakyat Malaysia tak mungkin dapat dipisahkan. Begitu juga dengan nasi goreng yang sentiasa menjadi kegemaran orang kita. Bayangkan keduanya digabungkan, bagaimanakah rasanya? Itulah yang dilakukan oleh Cef Fauzey yang telah memperkenalkan nasi lemak goreng.

Nasi lemak yang digoreng ditampilkan pula dengan sambal, timun dan juga udang. Juga ditambah dengan ayam goreng berempah. Wow, pasti enak sampai licin pinggan dibuatnya.

Memetik Projek MMO, cef ini telah melakukan banyak kali percubaan, namun selepas tiga tahun barulah dapat menghasilkan menu yang betul-betul mantap.

Selepas tiga tahun, saya try and error, baru saya dapat resipi yang solid,” kata cef ini. Membuka lori makanan di belakang stesen bas lama Jalan Othman di Petaling Jaya sejak dari 2007, cef ini turut dibantu isteri dan juga dua pekerja

Katanya lagi, selepas mencuba pelbagai resipi, dia akhirnya dapat mengekalkan rasa santan pada nasi lemak yang digoreng.

“Ada ramuan lain, rempah lain. Sebab itu ia unik, lain daripada yang lain,” katanya. Selain nasi lemak goreng, terdapat dua lagi masakan iaitu nasi lemak kukus dan juga kuetiau udang

Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan nasi lemak goreng bersama ayam berempah, RM8, nasi lemak kukus bersama ayam berempah RM7 dan kuetiau udang RM5. Gerainya beroperasi Isnin hingga Ahad, pada waktu 5.30 petang sehingga 11 malam. - CARI