Netizen Bengang Bila Muncul Menu Pelik Ayam Goreng Bersalut Milo Cicah Budu

FOODIE
December 18, 2018 - 12:29 PM


Nampaknya makin hari makin menjadi-jadi benda pelik yang berlaku di Malaysia. Terbaru netizen agak bengang bila muncul menu yang sangat pelik iaitu Ayam Goreng Bersalut Milo Cicah Budu. Jika sebelum ini viral tentang kafe hipster Teh Tarik dalam tin susu kini muncul pulak ayam goreng milo cicah dengan budu. 

Orang kita ini memang suka benda-benda pelik nampaknya. Apa dah jadi dengan selera kita ni? Asal benda pelik jer jadi viral. Kalau sedap tak apalah jugak. 

Seiring dengan perkembangan bidang kulinari, semakin banyak makanan baru yang dihasilkan dan makanan-makanan ini semestinya menjadi tular kerana keanehannya!

Antara makanan yang pernah menjadi bualan hangat rakyat Malaysia adalah aiskrim di dalam pasu, roti bakar keju pelangi, teh tarik di dalam tin susu, mi segera keju dan sebagainya.

Terbaru, kepingan ayam goreng disaluti serbuk minuman kegemaran ramai iaitu Milo turut menjadi tular pada bulan lalu. Dikatakan sebanyak 1,500 kepingan ayam Milo ini telah terjual di festival makanan Ayam Lejen II dalam hanya tempoh tiga jam sahaja.

Oleh kerana menu aneh ini mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan daripada penggemar makanan, maka sebuah restoran terkenal iaitu myBurgerLab telah menjual menu yang sama di cawangan restorannya bermula bulan ini.

Ketika myBurgerLab mula mengumumkan mengenai menu terbaharu ini, netizen terus melemparkan pelbagai reaksi positif dan juga negatif. Rata-ratanya turut mengeluarkan kata-kata ugutan dengan nada gurauan untuk melaporkan perkara itu kepada pihak polis kerana telah menggabungkan makanan kegemaran ramai dengan cara yang ‘salah’.

“Helo polis. Ada orang cipta makanan yang aneh…”

Apabila sesuatu perkara menjadi tular, sudah menjadi aktiviti wajib netizen untuk mengecam mahupun membuat jenaka hiburan mengenai perkara tersebut. Malah, ada individu yang turut bertindak memulakan petisyen yang meminta mantan perdana menteri iaitu Datuk Seri Najib Razak untuk membuat penilaian beliau mengenai hidangan pelik ini.

Memandangkan terlalu ramai individu yang ‘mengugut’ untuk melaporkan hal ini kepada pihak berkuasa, maka pada 9 Disember lalu, pihak polis akhirnya memutuskan untuk ‘menyiasat’ laporan orang ramai mengenai menu baharu myBurgerLab itu.

Hasil siasatan polis yang nampaknya telah merasai makanan ini agak mengejutkan apabila menu ini dikatakan sedap. Namun, dengan segalanya all about money, netizen seakan-akan dalam dilema adakah menu ini memang sedap atau pihak tertentu telah memberi bayaran untuk memberi kritikan positif terhadap makanan ini bagi tujuan promosi.

So, netizen apa kata korang yang dah cuba menu ni? adakah ianya begitu sedap bak kata abg polis ni?

Tapi aku masih tak boleh proses menu kepingan ayam Milo ini mencecah sos Budu Kelantan bagi merasai kelazatan gabungan rasa ayam dan Milo. Dengan mencecah ayam Milo anda di dalam sos pencecah Budu yang mempunyai rasa kuat!

Aku pun berasal dari Kelantan tapi bila tengok menu ini memang geleng kepala jugaklah aku...Come on guys... Ayam + Milo + Budu? Cannot brain la!