Pizza Mansion - Alami Rasa Pizza Autentik Yang Dibakar Dengan Arang Kayu

FOODIE
February 25, 2021 - 06:28 PM


Kalau korang dah bosan makan pizza yang mainstream yang dibakar dalam oven moden, korang kena try Pizza Mansion. Pizza Mansion menyediakan korang dengan pengalaman makan pizza yang autentik sebab pizza mereka dibakar di dalam wood-fire oven. 

Pizza crust tempat ni memang rangup, dan cheese dan tomato yang Pizza Mansion guna memang bukan biasa-biasa, memang premium quality, macam makan dekat itali. 

Menurut feedback daripada pengunjung yang datang ke sini, pizza yang disediakan di pizza mansion lazat daripada gigitan pertama, hingga yang terakhir. Pizza Mansion menawarkan 10 jenis pizza, dan yang paling famous dekat sini ialah Big Brunch yang berharga RM32. 

Selain daripada pizza dekat sini, pasta yang disediakan pon sedap, so korang patut datang dan cuba sendiri. Bagi korang yang duduk dekat KL yang masih tak boleh rentas ke PJ, jangan risau, Pizza Mansion ada lagi satu branch di Bukit Bintang yang turut menyediakan pengalaman yang sama. 

  • Pizza Mansion 
  •  BG3, Block B, Happy Mansion, Jalan 17/13, Section 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor
  • 25, Jln Mesui, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: 12:00pm - 10:30pm, Ahad - Khamis. 12:00pm - 12:00am, Khamis - Jumaat. 

Sumber: Eat Drink KL

Destination: