Pizza Roma - Pizza Pinseria Romano Yang Pertama Di Malaysia!

FOODIE
March 03, 2021 - 04:27 PM


Bagi penggemar pizza, aku rasa korang dah boleh take your passion to the next level dan cuba Pinsa Romana. Buat kali pertama di Malaysia, Pizza Roma memperkenalkan Pinsa Romana yang sangat berbeza dengan pizza yang biasa di mana adunan doh-nya menggunakan soya, nasi, dan tepung gandum-- sebuah adunan Roman-crafted. 

Pizza Roma yang kini mempunyai dua lokasi, di Menjalara, dan Ampang adalah satu-satunya pinseria romano yang diberikan kelulusan ekslusif untuk menggunakan Expert Pinsa Romano Flour Mix yang dihasilkan oleh keluarga Di Marco dari Itali yang telah berada dalam industri ini melebihi satu abad. 

Selain daripada kerak Pinsa Romano yang rangup, lembut di dalam, ringan, dan gebu, antara perbezaan ketara pada Pinsa berbanding pizza biasa adalah ianya berbentuk oblong. 

Pengasas Pizza Roma ialah chef Lorenzo, seorang rakyat Rom, yang membuka outlet di Malaysia dengan kerjasama seorang chef dari Malaysia, Rabindran yang turut mengendalikan Interlude, Taman Tun Dr Ismail.

Antara kepakaran Pizza Roma yang amat mereka banggakan adalah pembuatan semula Roman flatbreads yang wujud sejak 2000 tahun dulu. Maksudnya, pizza-pizza yang korang makan sekarang ini semua kena bagi kredit dekat Roman flatbreads. Hehe 

So, apa yang korang patut cuba dekat Pizza Roma? Ok, peminat vege, korang kena cuba Tartufata, pizza meat-free dorang, ada cendawan, mozzarella, dengan truffle sauce, kemudian ditaburi dengan daun roket dan Parmesan. Selain itu, antara yang menjadi kegemaran ialah Caprese salad dorang yang diadaptasikan menjadi pizza, memang padu!

Untuk meat-lovers pula, korang mesti akan suka gila Salchichon. Topping dorang guna turkey sausage, zukini, terung, di atas tomato sauce yang umph!

Mereka yang dah pernah pergi ke Pizza Roma pernah cakap yang Pizza Roma ini memang tak boleh pergi sekali je sebab korang memang ada banyak gila benda untuk korang cuba. Korang seriously kena cuba makan dekat sini. 

Pizza Roma pon ada je sediakan pizza bulat biasa yang korang selalu makan kalau korang nak cuba juga, dan menu pizza biasa yang memang korang kena cuba ialah Beef Pepperoni Supreme. Walaupun pizza bulat ini biasa je boleh dapat dekat mana-mana, yang dekat Pizza Roma ini memang berbeza!

Harga pizza dekat sini kalau untuk personal meal RM10.90, untuk size sederhana dalam lingkungan RM17.90 - RM41.90, dan pizza size besar dorang dalam lingkungan RM28.90 - RM56.90. Korang jangan lupa untuk datang sini, and nikmati rasa pizza yang seriously berbeza daripada yang lain!

  • Pizza Roma 
  • 17, Jalan Medan Putra 1, Bandar Menjalara, 52200 Kuala Lumpur.
  • 363-1A, Jalan Ampang Batu 4 Ampang, Kuala Ampang, 54050 Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: 11:00am - 10:00pm, setiap hari. 
  • 017 - 668 8018

Sumber: Eat Drink KL

Destination: