Promosi Semi Buffet Lunch Merdeka Festival 2017 di Vivatel Kuala Lumpur





Kat Kuala Lumpur ni terlalu banyak kedai makan. Tetapi nak cari tempat makan yang sedap dan harga yang berpatutan amat susah sekali. Kebanyakkan kedai makan pun yang boleh di jumpai adalah kedai mamak. Sesetengah orang selera untuk makan di kedai mamak tu mungkin pilihan terakhir. Ataupun hanya untuk lepak-lepak dan layan boleh.

Sempena sambutan ke 60 tahun kemerdekaan Malaysia yang bakal di sambut nanti Vivatel Kuala Lumpur menawarkan promosi untuk semi buffet lunch dengan harga yang betul betul berpatutan. 

Bagi mereka yang teringin nak makan hotel tetapi masih lagi berkira disebabkan harga yang mahal ini lah masanya.

Promosi ini hanya sah sehingga 16 September 2017 sahaja. 

Buffet ini di mulakan dengan hidangan pembuka selera, hidangan utama dan juga pencuci mulut. Bermula waktu makan tengah hari 12.00pm sehingga 3.00pm. Untuk hidangan utama pelanggan boleh memilih samada ikan ataupun ayam. 

Ayam yang di hidangkan adalah ayam kampung. Manakala ikan pula ikan siakap 500g. Jadi portion ayam dan ikan ni agak besar boleh di makan 2 orang kot.


Executive Chef Azhar Daud (Kiri)

Selain itu, pihak Retro Cafe juga ada menyediakan masakan asia seperti sup yang di tukar setiap hari.

Bagi penggemar masakan barat, disini juga disediakan menu pasta yang direcommened by Chef. Untuk menu pasta boleh pilih antara vegetable dan juga pamersan cheese. Salad pula daripada sos thousand island yang di buat sendiri. So kena cuba kalau nak rasa macam mana rasa sos ini.


Ayam Kampung


Ikan Siakap

RECOMMENDED AND HIGHLIGHTS

Menu utama yang perlu di cuba adalah Ikan Siakap Goreng Garing dan juga Ayam Kampung Goreng. 2 hidangan itu sangat meletup dan sedap. Boleh di makan dengan sambal lemak dan kari. Dengan bahan perapan yang terbaik membuatkan hidangan ayam dan ikan ini sangat luar biasa. Lagi - lagi kalau cicah dengan kuah asam dan kuah kicap. Ummpppp...

Untuk hidangan pencuci mulut pula ada disediakan buah buahan tempatan, bubur, pengat dan jelly.

Kira memang cukup lengkaplah untuk hidangan makan tengahhari. Silap hari bulan boleh lena kat office lepas makan sebab terlalu kenyang.

HARGA

  • RM38/Nett per person
  • Tambahan RM12 untuk hidangan kedua menu utama

 


500g Siakap


Ayam Kampung


Mee Rebus


Pasta


2 pilihan kuah 


Sup. Hari2 di hidangkan sup berlainan


Pasta

#MERDEKA DAY HI-TEA

Untuk minum petang di hari Merdeka pula Retro Kafe juga mengadakan promosi buffet Hi-Tea yang akan dihidangkan menu menu "1 Malaysia" bertujuaan mengimbau kembali detik detik kemerdekaan negara kita. 

Menu Hi-Tea akan di hidangkan pada 31 Ogos 2017 bermula jam 12.30pm sehingga 4.00pm dengan harga RM58 nett for adult dan RM48 for child dan senior citizen.

Menu pula disediakan khas oleh Executive Chef Azhar Daud. 

 

INFO LANJUT (BOOKING)

;