Rehat Sebentar Sambil Makan Durian di Sri Rampai
FOODIEMusim durian sekarang bukan macam dulu hanya boleh makan bila betul-betul tiba musim durian sahaja. Sekarang hampir sepanjang tahun kita boleh merasa durian. Di KL sahaja pun sudah banyak gerai-gerai durian tepi jalan yang boleh kita singgah.
Baru-baru ni aku sempat singgah di gerai durian dekat sri rampai. Saja nak pekena durian boleh sebijik dua. Sebenarnya gerai durian ni antara tempat favourite aku untuk makan durian. Sebab kat sini durian sangat segar dan harga pun boleh tahan. Durian berkualiti. Kalau durian yang kita dapat agak tak memuaskan boleh bagitau tuan kedai dan InshaAllah boleh tukar durian baru.
Minggu lepas memang niat nak makan durian musang king. Tapi musim sekarang sangat susah nak dapat musing king. Kalau ada pun harga agak melampau. Jadi kami makan durian jenis udang merah dan durian D101.
Udang merah pun boleh tahan rasa dia. D101 lebih manis sedikit dari udang merah. Tapi tetap tak boleh lawan D41 dan Musang King.
Kalau korang mencari tempat best makan durian boleh ke Sri Rampai. Kedai tepi jalan jer. Boleh makan kat sana. Nama aku tak pasti. Tapi landmard Klinik tuanku azizah, Wahab Cendol, Hong leong Sri Rampai. Kat situ ada 3 gerai tak silap. Biasanya aku pilih kedai yang tengah-tengah.