Resepi Kuih Keria Gula Melaka (KKGM)

FOODIE
July 12, 2017 - 07:02 PM


Baru-baru ni viral tentang kuih keria melaka. Sehingga nak beli pun terpaksa beratur panjang-panjang. Boleh migraine hanya nak beli kuih keria. Dari jauh dah nampak orang ramai beratur. 

Kalau siapa yang pernah ke Melaka tahu lah macam mana keadaan kat sana. 

Sejak beberapa pernama ni, nama KKGM ni tiba-tiba jer jadi terkenal. Di mana-mana orang bercakap tentang KKGM. Tiba-tiba Resipi KKGM menjadi carian hangat di Google.

Itulah kuasa viral. Hanya kerana media sosial kuih keria gula melaka begitu hangat menjadi buruan natizen. Hingga ad ayang sanggup turun melaka semata-mata nak cari kuih keria gula malaka ni. 

Rasa kuih ni memang sedap. Kalau kena resepi yang betul, kuih ni tak terlalu manis. Makan petang-petang sambil lepak memang tak sedar habis ni. Nak-nak tengah lepak sambil tengok drama TV3. Hehehehe.

Sudah menjadi kelaziman aku, sekurang-kurangnya seminggu sekali aku akan tengok statistik blog eXplorasa ni untuk mengetahui apa yang orang cari di blog ni. Dan sejak KKGM ni menjadi viral, kata kunci “Resepi Kuih Keria Gula Melaka” sering hinggap di blog ini.

Menyelerakan

Resipi KKGM

Disebabkan kuasa viral ramai yang mencari resepi KKGM ni. Oleh itu admin akan kongsikan resepi kuih keria viral ini. Mana tahu korang nak cuba buat sendiri. 

Berikut adalah bahan-bahan yang korang perlu sediakan untuk sediakan kuih ni. Oh ya ini untuk anggaran hidangan antara 15-20 biji ya.

Bahan-bahannya:

  • 500 gram ubi keledek
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 2 keping Gula melaka
  • 1 sudu gula pasir
  • 1 cawan air

Simple je kan bahan-bahannya.

Cara-cara membuatnya:

  1. Rebus ubi keledek sehingga betul-betul empuk
  2. Toskan ubi keledek sehingga air yang rebusan pada ubi keledek itu tertinggal seminima yang mungkin pada ubi keledek
  3. Lenyek ubi keledek sehingga tiada ketulan
  4. Kemudian campurkan ubi keledek yang telah dilenyek tadi dengan tepung gandum, tepung beras dan soda bikarbonat da gaulkan hingga sebati menjadi doh keria
  5. Bulat-bulatkan doh keria dan bentukkan menjadi bentuk “O”
  6. Goreng doh keria yang telah dibentuk kemudian toskan untuk hilangkan minyak
  7. Campur dan cairkan gula melaka, gula pasir dan air sehingga mendidih dan pekat
  8. Masukkan keria yang telah digoreng tadi dan gaulkan sehinga sebati
  9. Toskan gula berlebihan dengan penapis.
  10. Siap untuk dihidangkan…!

Jadi apa lagi. Boleh mula beli bahan-bahan dan terus masuk dapur. Lelaki pun boleh cuba. 

Sumber - Explorasa