Tiada Lagi Masalah Mencari Tempat Makan Segalanya Melaui Applikasi JJCM
FOODIERancangan Jalan Jalan Cari Makan merupakan salah satu rancangan yang agak popular di Malaysia. Pengaruh JJCM agak meluas termasuk aku sendiri. Kadang-kadang bila nampak dalam tv tu idea nak makan kat situ terus muncul.
Kerana impak yang di tinggalkan oleh rancangan ini jugalah ianya dapat bertahan sehingga tahun 2017. Walaupun pengacaranya silih berganti namun pengikut rancangan JJCM ini tidak pernah hilang.
Berita gembira kini JJCM boleh mula di guna di smartphone korang. Pihak JJCM telah melancarkan applikasi JJCM 2 minggu lepas dan kini boleh di download melalui Apps store dan Play Store.
Pangacara JJCM dan juga org kuat JJCM
Lebih menarik dengan aplikasi ini pihak JJCM juga melancarkan kempen #SeringgitSeribuKebaikan bagi membantu mereka yang memerlukan. Hasil sumbangan tu nanti akan digunakan untuk membiayai hidangan berbuka puasa untuk 4 buah rumah kebajikan terpilih selama 5 hari berturut-turut. Juadah berbuka puasa tu nanti akan disediakan oleh 20 restoran dan food truck yang terpilih.
Cara nak buat sumbangan adalah melalui applikasi JJCM atau boleh ke lawan web CJ Wow Shopiaitu www.CJWowShop.com.my yang juga bekerjasama dalam kempen ini. Mamee Double Deckerjuga menyokong penuh kempen #SeringgitSeribuKebaikan dengan menyumbangkan barangan Mamee untuk anak-anak terpilih tu nanti. Dengan program macam ni harapnya dapat berikan diorang kegembiraan dalam menyambut hari raya nanti.
Bayangkan dengan hanya RM1 kita boleh membantu mereka yang tidak mampu di luar sana. Sudah semestinya ianya sangat bermakna buat mereka.
Aplikasi JJCM interface
Memang banyak membantu dalam mencari tempat makan menarik
Ok berbalik kepada aplikasi JJCM, aku begitu tertarik sekali terutama aku sendiri kaki travel dan kaki makan jugak, so tiap kali aku di tempat baru aku sudah tidak perlu risau dah dengan soalan “nak makan apa dan nak makan kat mana” fuhh soalan ni cukup susah. Kalau aku tanya orang jawab “ikut jer” yg tu rasa nak bagi pelempang je. Susah woo…. Kini aku hanya buka aplikasi ni dan boleh cari tempat makan yang menarik berhampiran aku.
Difahamkan juga applikasi ni dah dilancarkan sejak tahun 2015 lagi tapi masih lagi versi beta. Sekarang JJCM dan full version dah. So banyak gambar-gambar makanan yang enak2 dalam tu. Info pun dah lengkap. Boleh buat reservation juga melalui aplikasi ni.
Applikasi ini boleh mula di download melalui Google Play untuk pengguna Android dan Play Store bagi pengguna Apple.