Resepi Tau Fu Fa Mudah Ringkas Dan Sedap Untuk Dicuba

FOODIE
March 31, 2020 - 01:53 PM


Tau Fu Fa merupakan salah satu antara makanan yang sering dicari di pasar malam dan juga bazar Ramadan.  Disebabkan berkemungkinan besar bazar Ramadan tahun ini dibatalkan, da nada sesetengah negeri yang sudahpun mengeluarkan arahan batal, pastinya Tau Fu Fa akan menjadi salah satu pencuci mulut yang akan dirindui.

Sering disajikan dengan pilihan gula merah atau gula putih, sebenarnya Tau Fu Fa ini tidaklah serumit mana pembuatannya. Anda boleh homemade tau fu fa ini dan ianya tidak memerlukan bahan yang banyak. Cara pembuatannya juga tidaklah renyah.

Jika anda ingin mencuba; kami ada terjumpa satu perkongsian Resepi Tau Fu Fa Viral yang lembut, mudah dan pastinya sedap untuk dimakan. Versi ini, ia gunakan gula Melaka.

Bahan – Bahan Yang Diperlukan :

1 Kotak Susu Soya

½ Paket Agar – Agar Tali

Gula Melaka

Cara – Cara

#1. Didihkan secawan air dalam periuk yang bersesuaian

#2. Masukkan agar – agar tali dan kacau hingga larut. (Disini kena pandai adjust agar – agar, jangan terlalu banyak kerana tekstur akan menjadi seperti pudding)

#3. Masukkan air soya untuk beberapa minit ke dalam didihan agar – agar dan air tadi. Tutu api.

#4. Tapis kesemua bahan tadi dan masukkan ke dalam bekas.

#5. Simpan bekas dalam peti sejuk

Untuk gula Melaka, didihkan air dan gula Melaka, letak daun pandan sekiranya nak wangi. (Disini skill untuk adjust kepekatan gula dan air mainkan peranan ye. Kalau pekat, tambah sikit air dan sebaliknya)

Hidang tau fu fa dari peti tadi bersama air gula!

Siap!