Resepi Viral - Resipi Ketupat Sotong Kelate!
FOODIESebut pasal negeri Cik Siti Wan Kembang ini, kita sedia maklum dengan variasi makanan yang sedap dan unik. Daripada menu untuk makan berat, sehinggalah pencuci mulut.
Inilah keunikan negara kita Malaysia yang terdiri daripada pelbagai negeri yang mempunyai latar belakang dan warisan masing-masing.
Jika anda ke Kelantan, mesti anda pernah cuba satu menu yang tak ada di tempat lain iaitu ketupat sotong! Ia sama sepeti ketupat biasa, cumanya kalau di tempat lain, beras pulut akan disumbatkan kedalam daun palas disini, ia disumbatkan ke dalam sotong!
Kepada korang yang nak cuba tu, ni kami ada terjumpa resipinya. Biasalah, dibulan puasa ni, ramai mula share resipi. Sedap ke tidak tu, tak pulak dapat kami pastikan.
Tipsnya, cubalah pertama kali. Kalau tak okay, kita cuba adjust…
Sedia?
BAHAN-BAHAN:
1 kilo sotong saiz sederhana yang segar
1 kilo santan pekat
3 ketul gula melaka (nise)
Pencungkil gigi
1 cawan beras pulut
10 helai daun pandan
Garam dan gula
CARA MEMBUATNYA:
1. Bersihkan sotong, buangkan hitam dan kulitnya, toskan sotong tersebut.
2. Basuh beras pulut dan rendam seketika dengan sedikit santan dan garam.
3. Ambil sotong, gunakan sudu kecil, masukkan beras pulut tadi sehingga separuh badannya.(jangan isi penuh nanti isi pulut yang terhasil keras dan mentah)
4. Ambil kepala sotong dan masukkan ke dalam badannya yang berisi beras pulut tadi.
5. Cucukkan pencungkil gigi depan dan belakang kepala.
6. Di dalam periuk, lapik bahagian dasarnya dengan daun pandan sehingga melitupi kesemuanya.
7. Susun sotong biar memenuhi ruang dasar dan tindan perlahan di atasnya.
8. Masukkan santan pekat tadi bersama sedikit garam, dan gula melaka.
9. Hidupkan api yang paling kecil, tutupkan periuk dan masak selama 30-45minit (hingga pulut dalam sotong tu masak). Santan tu akan pecah minyak.
Selesai semua step diatas, Ketupat Sotong tersebut dah sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba.
Kredit : Resipi Masakan Melayu