Resipi Air Jagung ‘Ketagih’ Kaw! Puas Hati Berbuka Dengan Air Buatan Sendiri

FOODIE
May 16, 2019 - 01:30 PM


Setiap kali bulan Ramadan, seringkali ada ‘inovasi’ atau menu pelik dan menarik yang dijual oleh penjual untuk memenuhi kehendak dan selera semua. Kalau sebelum ini, kita pernah ‘dilanda’ musim, Murtabak Maggi, Murtabak Cheese dan macam-macam lagi lah.

Tahun ni, boleh dikatakan belum ada menu pelik yang viral di bazar Ramadan, tapi, satu je yang kami perasan adalah banyak bazaar atau peniaga yang menjual air yang best-best. Tahun ni, boleh dikatakan didominasi oleh air teh dan jagung. Macam-macam jenis air teh dan jagung ada dekat bazar tu.

Dengar cerita, sekarang ni yang tengah top bak story Aliff Aziz adalah Air Jagung ‘Ketagih’ Kaw! Letak lah ‘tajuk’ apa sekalipun untuk air tu, kesemuanya berasaskan benda yang sama iaitu jagung!

Katalah korang ke bazar, tengok-tengok banyak balang air jagung dah kosong. Maknanya tak dapatlah korang merasa air jagung untuk berbuka hari tu. Lepas ni, itu bukan masalah lagi, ni kitorang ada nak share resipi air jagung ketagih kaw punya.

Bahan-bahan:

1 botol Kordial jagung

1 tin Susu cair

1 tin Susu pekat manis

Esen vanilla

Gula (ikut citarasa)

Garam (garam secubit)

2 tin Jagung manis dalam tin (jangan blend), biar macam tu je.

Air ikut sukatan sendiri…

Kalau korang suka air jagung yang pekat warna kuning, senang cerita nak ke arah oren-oren sikit tu, korang tambah dua atau tiga titisan sirap untuk naikkan warna ye.

Cara membuatnya:

Nama pun buat air, jadi tak perlu lah panaskan dalam oven dan sebagainya. Cara buat air jagung kaw!

  1. Masukkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam periuk, atau bekas yang sesuai, masakkan atas dapur sehingga air mendidih.

Untuk bahan dan sukatan diatas, ini nak buat untuk sebalang ni. Kalau nak buat minum petang-petang, gunalah kepakaran korang untuk gunakan sukatan sendiri. Sesuai dengan berapa banyak korang nak buat.

Untuk versi ‘sihat’ korang kurangkanlah gula atau susu. Cuba dapatkan rasa yang diidam-idamkan. Resipi dah ada, kena adjust je sikit.

Selamat mencuba!