Resipi Mi Goreng Green Curry Segera Ala Thai – Terangkat Beb!





Kari Hijau Thai, ataupun Thai Green Curry ni adalah sejenis kari yang berasal dari Thailand. Memang salah satu menu popular kegemaran rakyat Malaysia jugaklah. Kari hijau yang berlemak, dicampur pulak dengan ayam, memang terbaik.

Cara memasaknya pun tak memakan masa yang lama, hanya 20 minit dan semestinya lebih murah daripada beli di kedai.

Dalam banyak-banyak resipi bahan-bahan yang diperlukan lebih kurang sama. Iaitu sayur, dada ayam, cili, bawang putih, minyak, dan pes kari hijau.

Punyalah susah nak cari pes kari hijau tu. Hehe.. Last sekali, teringat yang dalam laci dapur tu ada Youmee perisa Green Curry. Hentam sajelah! Bujang kan. Janji ada rasa!

Sedap Ke Green Curry Di Masak Dengan Mi Segera?

Cuba dulu, baru kita cerita. Pada Aj, sedap je. Memang sangat sesuai untuk bujang, ataupun korang yang sibuk tak ada masa nak memasak dekat rumah. Resipi ni, hanya perlukan kurang lebih 15 minit je!

Korang jangan risau, nak makan selalu pun tak apa. Sebabnya Youmee ni dibuat menggunakan 100% bahan-bahan semula jadi. Memang tidak ditambah MSG dan pewarna tiruan. Sebabnya, kalau korang pernah cuba, memang perencahnya didatangkan dalam bentuk ‘ready-made’. Bukannya serbuk.

Selain itu; kalau korang nak tahu Youmee ni mi dia tidak digoreng macam kebanyakan mi segera yang ada di pasaran. Apa yang pasti ianya ada status HALAL.

Cukup lah cerita pasal Youmee. Sambung balik pasal Resipi Mi Goreng Green Curry tadi.

Bahan-Bahan :

1 paket Youmee Green Curry

Sayur-sayuran pilihan korang

1 potong dada ayam

1 Batang cili untuk penambah rasa

1 ulas bawang putih, dicincang halus

1 sudu minyak

Cara -Cara Memasak :

  1. Panaskan air dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan mi segera Youmee dan biarkan selama 3 minit. Toskan mi dan bilas menggunakan air sejuk. Toskan dan letak dulu di tepi.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih sehingga warna keperangan. Masukkan dada ayam yang telah dipotong (ikut suka nak potong macam mana). Masakkan selama 2 minit.
  3. Tuangkan sos green curry yang ada dalam paket Youmee tadi ke dalam kuali, dan teruskan masak sehingga separuh daripada sos tersebut tersejat. Maknanya kena guna api kecik lah.
  4. Masukkan sayur. Boleh gunakan apa-apa sayur kegemaran macam capsicum ke, lobak merah ke, tomato ke…
  5. Tambahkan garam dan lada sulah secukup rasa.
  6. Akhir sekali, masukkan mi segera Youmee yang kita toskan awal tadi ke dalam periuk dan gaulkan sebati dengan bahan-bahan yang ada.
  7. Sedia untuk dimakan

Mudah bukan? Dalam bentuk penulisan nampak rumit sikit, tapi bila dah buat, senang je sebenarnya. Oh, resipi ini untuk sebungkus ye. Kalau untuk berbungkus-bungkus, korang ikut berapa bungkus yang korang pakai, tambahkan je kuantiti bahan tersebut.

Sebelum ni, leceh kalau nak masak banyak-banyak sebab Youmee ni dijual satu-satu. Tapi, baru-baru ni, pegi ke pasaraya, rupanya dah ada ‘bundle packaging’.

Youmee sekarang dah ada bungkusan bundle. Ada 4 paket dalam satu bundle. Jadi, lebih banyak dan dah tentulah menjimatkan. Ketiga-tiga perisa ada ye.

Korang boleh dapatkan paket bundle ni di pasaraya-pasaraya berdekatan sebagai contoh di Oliver Gourmet. Alah, belian secara online di www.youmee.com.my pun boleh!  

Selain tu, kalau korang nak cari resipi-resipi menarik menggunakan Youmee, boleh je dapatkan di Facebook diorang, ataupun ke Instagram Youmee.

Maklumat lanjut korang boleh jugak pergi ke Website Youmee.

[ GIFTBOX XMAS 2019 ]

Ada lagi satu tambahan, sempena perayaan Christmas yang akan datang, Youmee nak bagi Gift-Box special untuk semua. Kitorang tengok memang cantik… Ini dia…

Nak tahu macam mana nak dapatkan, kena ke Facebook Youmee untuk maklumat lanjut ye.

 

;