Resipi Paru Goreng Berlada Sedap Dan Mudah Disediakan

MAKAN
May 07, 2019 - 03:47 PM


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 kg paru
  • 1 sudu besar serbuk kunyit (kalau guna kunyit hidup anggaran dalam 1.2cm)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 5 ulas bawang merah (dikisar)
  • 5 biji cili kering (dikisar)
  • 1 sudu besar ketumbar (dikisar)
  • 1 sudu teh jintan manis (dikisar)
  • 1 sudu teh jintah putih (dikisar)
  • Garam, gula & belacan secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Paru direbus hingga empuk, letak garam sedikit kemudian dipotong lebar-lebar & nipis
  2. Gaulkan paru dengan sebuk kunyit dan garam sehingga rata dan perap selama 15 minit.
  3. Goreng paru tadi sehingga kehitam-hitaman. Boleh goreng semua paru tadi sekali gus. Angkat & ketepikan.
  4. Dalam kuali yg lain, panaskan minyak dan tumis semua bahan yg telah di kisar sehingga naik bau, masukkan sedikit air sekiranya bahan2 menjadi kering, masukkan garam, gula dan belacan
  5. Akhir sekali masukkan paru yg telah digoreng tadi.

Sumber Gambar: http://mamafami.blogspot.com

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video