Resipi Pisang Goreng Cicah Kicap, Belum Cuba Belum Tau!

FOODIE
June 10, 2021 - 11:44 PM


Sekarang rakyat Malaysia kebanyakan dah duduk rumah sebab lockdown, jadi terfikir kadang-kadang apa sahaj boleh masak time petang hari. Haa kalau bosan kat rumah petang-petang taktahu nak buat apa boleh cuba buat ni, mudah sahaja resepinya. Tapi kalau adik-adik nak buat jangan sampai meletup minyak di dapur, pastikan ada pantauan dari orang dewasa.

Antara bahan yang diperlukan:
1 1/2 Cawan Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Beras ( Cap Teratai )
1 sudu besar Gula
1 sudu besar Planta ( cairkan )
1 senduk minyak panas
1/2 sudu kecil garam
1 cawan air panas
1/2 cawan air sejuk

Bahan untuk Sambal Kicap:
Cili padi secukupnya, boleh tambah banyak mana nak pedas
3 ulas bawang putih
Kicap lemak manis Adabi Consumer

Cara buat:

  • Masukkan semua bahan-bahan kecuali pisang
  • Bancuh semua hingga sebati
  • Pisang masuk terakhir sekali
  • Sementera itu panas minyak dalam kuali, api sedang sahaja
  • Bila minyak dah panas, goreng pisang
  • Dah siap goreng dan boleh dihidang ketika masih panas.

Boleh makan di waktu petang dengan keluarga, dan jangan lupa cicah dengan cili kicap. Percayalah min, memang sedap!😋

SumberYatiekitchen (Facebook)