Restoran Kari Kambing 40 Hari - Fuhh Memang Layan Kari Kambing Dia...

FOODIE
December 14, 2017 - 11:27 AM


Kalau siapa yang selalu mengunakan lebuh raya untuk ke selatan, mesti pernah lalu di hadapan restoran ini. Terletak di kawasan Yong Peng, kewujudan restoran ini tak perlulah kitorang cerita panjang-panjang.

Setiap kali lalu, tak pernah nampak restoran ini kosong. Selalu penuh dengan kereta atau motorsikal.

Kitorang sempat jugak singgah ke Restoran Kari Kambing 40 hari ni sempena dengan program Eat Travel Ride 2017 anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) atau jemputan daripada majalah Gaya Travel.

Pertama kali sampai, kitorang dapat rasakan kenapa restoran ini dinamakan sebegitu. Barisan pelanggan yang beratur untuk dapatkan makanan punyalah panjang. (Ini pendapat kitorang sendiri ye).

Satu je nak cakap pasal restoran ni, korang memang kena beratur panjang da nagak lama nak tunggu, tapi… teruskan beratur. Sedap makanan dia, kari kambing dia memang terbaik! Sebab tu, ramai orang sanggup datang jauh untuk makan di restoran ni. 

Antara geng motor yang konvoi ke restoran ini...

Semasa kami ke sana hari minggu lepas, ada beberapa geng motorsikal siap konvoi. Dengar cerita memang sini antara 'port' wajib singgah mat-mat motor kalau konvoi. Ada yang dari Melaka, ada yang dari kawasan Johor jugak. 

Harga pun memang berpatutan. Untuk satu set nasi arab, hanya RM13. Tak kiralah ayam atau kambing. Kalau anda datang dengan keluarga, eloklah ambil set nasi arab dulang, RM48 dan anda akan dapat satu jug air percuma.

Ini ialah Set Nasi Arab Dulang 

Set ini boleh dimakan untuk 4 ke 5 orang. Kalau rasa nak tambah makanan lain, ada jugak disediakan. Kari kambing sahaja, semangkuk Rm7 dan ada jugak Mee Rebus Gear Box (RM  8).

Nasi Arab Kambing - RM 13
Nasi Arab Ayam - RM 13
Kari Kambing - RM7
Nasi Arab Dulang - RM48

 

Macam mana nak ke restoran ni ?

Lokasinya ialah di 215, Kg. Hj. Ghafar, Bt. 5 ½ Jalan Yong Peng, Batu Pahat, Johor.

Restoran dibuka setiap hari daripada pukul 7.30 pagi hingga 3.30 petang.