Sayur Segar Macam Baru Walaupun Sudah Seminggu – Ini Cara Mudah Simpan Sayur

FOODIE
August 13, 2018 - 05:08 PM


Antara masalah yang ramai hadapi kalau membeli sayur adalah sayur tersebut akan layu dan hanya bertahan untuk 2 hingga 3 hari. Buat mereka yang kurang makan sayur, perkara macam ni membuatkan mereka malas atau tak mahu membeli sayur langsung.

Ramai yang tertanya, selain mempunyai peti sejuk yang ‘bagus’ macam mana cara penyimpanan sayur supaya tahan lebih lama?

Kalau kita tengok di Pinterest, ada yang mencadangkan supaya sayur-sayur ini dibekukan dan dibuat seperti cube ice, tapi itu mungkin sesuai untuk kacang peas, jagung dan sayur yang dah dipotong kecil.

Ada jugak yang cadangkan simpan dalam beg kedap udara.

Kalau sayur jenis berdaun macam bayam, salad dan sebagainya pulak macam mana? Ini ada satu perkongsian menarik yang kitorang jumpa di Facebook mengenai ‘method’ mudah yang digunakan supaya sayur tahan lebih lama.

Sehingga hari ini, perkongsian tersebut telah mendapat 10 ribu perkongsian.

Ini perkongsiannya :

Ye la sayur ni kan kalau kita beli lepas tu letak dalam peti ais tahan dalam 2-3 hari je lepas mula la jadi layu di tasik madu gituu. Huhu.

Disebabkan sekarang ni kak kiah tengah acah-acah diet so memang nak kena makan sayur banyakk banyak. Takkan nak beli sikit-sikit? Tak kuasa kak kiah nak ulang alik sokmo pergi kedai tu. So kak kiah google cara simpan sayur untuk tahan lama.

Kak kiah dah seminggu dah beli sayur ni tapi tetap dalam keadaan segar bugar lagi. Hahah.

Caranya senang je.

 

#1. Sebelum nk simpan sayur tu potong sayur kecik2.

Menurut posting berkenaan, sayur tak perlu dibasuh. Basuh semasa nak digunakan sahaja.

 

#2. Lepas tu ambik bekas kedap udara

Cari bekas yang kedap udara. Tak kiralah brand apa, asalkan kedap udara dan pastikan ada penutup! Tupperware penutup hilang tak boleh pakai!

 

#3. Lapik tisu dalam bekas tu

Lapikkan tisu dalam bekas kedap udara berkenaan. Dah lapik, masukkan semua sayur yang dah dipotong kecik-kecik mengikut selera korang sendiri tadi. Lapikkan tisu bahagian atas sayur sebelum ditutup rapi macam pintu hati awak yang dah tertutup tu.

Tujuan letak tisu atas dan bawah sayur tu ialah untuk menyerap wap-wap air yang akan keluar nanti.

 

#4. simpan elok2 dlm peti ais.

Ini gambar contoh je... 

Try la confirm korang tersenyum simpul sebab dah tak payah buang masa kena pergi kedai banyak kali bazir minyak kete je.

Heh. Selamat mencuba 😄

Perkongsian asal dari Facebook : Rozlyn Farah Diana