Makan Best di Resort World Sentosa Singapura - Table65

FOODIE
April 11, 2019 - 03:32 PM


Table65

Table65 ni dibuka pada tahun 2018 oleh salah seorang chef selebriti iaitu Chef Richard Van Oostenbrugge. Ianya restoran berkualiti yang fokus makanan antarabangsa secara traditional. Food kat sini memang taste Europe, jadi korang kalau datang Singapura dan nak rasa masakan sebenar Eropah boleh singgah di Table65.

Paling rare susunan kerusi di restoran ini agak menarik sebab korang boleh layan live masakan korang disediakan. Dan korang boleh tengok sendiri macam mana chef bertaraf international ni bekerja di dapur. Memang menarik untuk dilihat sementara menunggu makanan korang siap. Dari segi presentation pula memang aku bagi 5 bintang. Sampai ada waktunya korang akan rasa sayang nak makan makanan korang sebab presentation is too good.

Perspective aku sebelum ni fine dining a bit boring. Tapi bila bila makan kat sini, fine dining agak menyeronkkan actually. Korang boleh juga sembang-sembang dengan Chef masa diorang sediakan makanan korang. itupun kalau diorang tak busy lah.

Cold Smoked Horsemackeral

Passionfruite Ceviche, Coconut and Combava, Dill and Calamasi Emulsion
Jelly of Tomato Consumme with lovage oil and Marinated Sardines
Cured mackarel with Quinoa Real, Tomato-Srawberry vinaigrette and creamy tarragon
Os a moelle - smoked herring bone, veal tartare with bone marrow, cockles and Beluga cavier
Ravioli of Imperial Dutch oyster with briny veal shank and shelllfish veloute, hazelnut and BBQ salted lemon

Mozambique langoustine poached in duck fat, coffee and lemon, Albufeira style dashi
Turbo with choucroute, smoke eel and black truffle, oxidiesed wine
Black Truffle
Turbo with choucroute, smoke eel and black truffle, oxidiesed wine
Toh Thye San Duck, mole madre, blueberry aigre-doux and souce rouennaise
Eel broth
Apple - Salted caramel, puff pastry and walnut
Kumquat - consomme of tangerine, honey and rosemary

Chef Richard Van Oostenbrugge begitu popular dengan restorannya iaitu Gault & Milau di Amsterdam dan restoran ini juga telah mendapat 2 bintang Michelin dalam masa 7 tahun beroperasi. Manakala Table65 pula rangkaiannya yang pertama di Asia dan memilih Resort World Sentosa sebagai destinasi untuk Table65 bertapak. Jadi jika korang ke RWS jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan Eropah di sini yer.

Btw jika korang bercadang untuk makan di sini, aku sarankan buat tempahan terlebih dahulu sebab tempat agak limited, dengan pengunjung yang sentiasa ramai di kawasan ini agak mustahil untuk korang walk in. But i dont think korang boleh walk in kalau dinner jenis fine dining.

Untuk matlumat lanjut dan tempahan awal boleh hubungi : (65) 6577 6688 atau boleh email: [email protected]

Fakta tentang Chef Richard van Oostenbrugge

Beliau memulakan keriernya sebagai seorang chef di Switzerland dan bekerjasama dengan ramai top chef dari Eropah. Beliau juga merupakan seorang Chef yang dikenali sebagai Chef yang mempunyai skill yang tinggi dalam bidang kulinari.

Selepas itu, beliau kembali ke Amsterdam dari Gstaad in the Swiss Alps pada tahun 2008 untuk menyertai Restoran Envy dan seterusnya menyertai Hotel De L'Europe sebagai Executive Chef pada tahun 2010. Sepanjang berada di Hotel De L'Europe, restoran ini telah berjaya mendapat status Michelin star yang pertama dan seterusnya berjaya dapatkan Michelin star kedua pada tahun 2013 untuk restoran yang sama.

Pencapaian terbaik beliau apabila telah dinobatkan sebagai Chef of The Year pada tahun 2014.