Taste Tomorrow – Kaji Selidik Terbesar Di Dunia Mengenai Roti, Pastry dan Coklat
FOODIEDalam pasaran yang sentiasa berkembang dan berubah, para pengeluar produk akan mengunakan pelbagai inovasi serta membawakan sesuatu yang baharu untuk mengekalkan dan menarik pelanggan baru untuk menggunakan rangkaian produk milik mereka.
Hal ini akan lebih membantu sekiranya ada satu kaji selidik yang mengkaji trend pembeli dan penguna dalam menggunakan satu-satu produk.
Taste Tomorrow, satu kaji selidik tentang masa depan berkaitan roti, pastry dan coklat telah diperkenalkan untuk membantu para pengeluar oleh Puratos. Kaji selidik pengguna roti, pastisserie dan coklat terbesar di dunia ini dijalankan di 40 buah negara dan telah mengumpulkan data lebih daripada 17,000 orang pengguna.
Menerusi kajian mendalam mengenai tingkah laku pengguna global dan tempatan, sikap dan pilihan, kajian bebas yang dijalankan untuk Puratos menawarkan makanan ‘masa depan’, menjejaki evolusi trend dan memperkenalkan rangkaian produk yang baru.
Dalam satu acara yang diadakan di Puratos Malaysia baru-baru ini, mereka telah mengetengahkan beberapa inovasi baru selari dengan trend dan permintaan pelanggan iaitu ‘next level experience’ yang mana pelanggan dan pengguna masa kini bukan hanya mencari sesuatu yang sedap, tetapi sesuatu yang memberikan pengalaman baru.
Sebagai contoh, pengenalan Tegral Satin Reduced Sugar Cake Chocolate. Kek coklat Tegral ini mengandungi coklat Belgium dan 25% kurang gula berbanding coklat biasa. Ini bermakna, penggemar-penggemar coklat dapat menikmati coklat tanpa perlu risau akan paras gula dengan inovasi terbaru ini.
Selain itu, Puratos juga mengetengahkan konsep Chocolat Lover Café yang mana kesemua produk di kafe berkenaan adalah 100% diperbuat daripada coklat Belgium sebenar, Belcolade yang boleh didapatkan di kedai-kedai bakeri terpilih.
Apa yang menarik perhatian kami adalah program Cacao Trace, iaitu program unik untuk mengekalkan kelestarian coklat yang mana ia membantu golongan peladang Cacao sendiri daripada dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Selain coklat, Puratos juga menginovasikan pembuatan roti dengan Sourdough Bakery yang mana pelbagai roti beraneka disediakan dengan mengandungi pelbagai khasiat. Lain daripada roti biasa.
Difahamkan, Puratos tidak mensasarkan golongan pengguna secara langsung. Namum mereka sentiasa memberikan khidmat nasihat dan latihan kepada pengeluar-pengeluar untuk menambahbaik produk mereka selain menyediakan pelbagai perkhidmatan lain.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web www.puratos.com.