Tersenarai Antara Minuman Terlazat Di Dunia – Anda Boleh Cuba Buat Air Mata Kucing Ini Di Rumah
FOODIEUmum ketahui yang negara kita kaya dengan pelbagai budaya dan disebabkan inilah kita juga kaya dengan pelbagai jenis makanan dan minuman.
Selain memiliki pelbagai ragam dan budaya, Malaysia agak sinonim dengan pelbagai jenis makanan dan secara tak langsung, ramai pelancong suka ke sini dan melabelkan negara kita sebagai syurga makanan.
Terbaru, air mata kucing telah disenaraikan oleh CNN Travel sebagai antara 50 minuman yang pailing sedap di dunia.
Kebiasaannya, kita boleh dapatkan minuman air mata kucing ini di pasar malam ataupun ada yang dijual di shopping mall.
Turut tersenarai dalam senarai tersebut adalah Teh Ais Thailand.
Sebenarnya, cara pembuatan air mata kucing ni tidaklah sesukar mana. Bahan-bahannya pun boleh dan mudah didapati. Kalau kita perhatikan, air mata kucing yang ada di pasar malam akan berwarna coklat pekat atau kehitaman. Ini adalah kerana ia diperbuat daripada buah longan yang dah dikeringkan.
Mula dipopularkan oleh masyarakat cina, sebenarnya kitab oleh buat sendiri air mata kucing di rumah. Ini resipi air mata kucing untuk anda yang nak mencuba.
Bahan-bahannya:
- Buah longan kering secukupnya
- 1 buku gula Melaka
- 2 buku gula batu
- Gula mengikut kemanisan
- Air secukupnya
- Daun pandan di simpul
Cara Penyediaannya:
- Cuci buah longan kering hingga bersih
- Masukkan dalam periuk bersama air dan daun pandan dan rebus hingga kembang dengan api sederhana.
- Masukkan pula gula Melaka dan gula batu dan masak hingga gula hancur dan sedikit pekat.
- Perasakan dengan gula.
- Siap dihidangkan panas atau sejuk.