Tiga Menu Baharu Sempena Aidilfitri Di Starbucks Malaysia

FOODIE
May 24, 2019 - 03:36 PM


Kurang lebih 10 hari lagi sebelum berakhirnya bulan puasa dan bila dah hujung-hujung ni, mesti ada yang dah ‘muak’ dengan variasi makanan di bazar Ramadan ataupun dah kering idea untuk masak juadah berbuka.

Selain daripada kedai tomyam, rata-rataa pusat beli belah dah mula sibuk dengan orang yang nak beli baju raya dan sebagainya. Dah alang-alang di mall, mesti ramai yang memilih untuk berbuka dekat mall jugak kan.

Kalau ada Starbucks, cuba korang singgah dan usha sikit menu baru yang dikeluarkan oleh Starbucks Malaysia khas untuk hari raya ni. Dengar cerita, ada 3 menu khas dan ada menu yang buat ‘comeback’ iaitu Muffin Ondeh-Ondeh.

3 menu baru yang dimaksudkan adalah Bancung Éclair, Donut Gula Melaka dan Kek Green Velvet Nangka Pandan. Kalau diperhatikan, memang ketiga-tiga ini mempunyai sentuhan dan citarasa masyarakat kita lah. Cuba try test, tengok boleh ‘pegi’ tak menu khas diorang ni.

Rasanya diorang dah start jual masa awal bulan puasa lagi; 

a) Green Velvet Nangka Cake (RM13.70)

b) Gula Melaka Donut (RM7.20)

c) Bandung Éclair (RM7.30)

d) Ondeh-Ondeh Muffin (RM8.20)

Selain tu, korang tengok lah sekali design kad Starbucks sempena raya ni, boleh tahan lawa jugak design dia tau...

Starbucks Tawar Promosi Menarik Sempena Bulan Ramadan