Ini lah Starbucks Yang Paling Unik di Asia. Ala Old School Katanya





Bagi  peminat coffee jenama Starbucks memang tidak asing lagi. Kat Malaysia sahaja ada berpuluh cawangan. Namun bila lepak di Starbucks mesti di kaitkan dengan orang 'ada-ada' mungkin sebab harga coffee yang agak mahal.

Tetapi itu kisah lain, apa yang kami nak sampaikan adalah Starbucks yang paling unik di Asia. Starbucks ini terletak di Hong Kong. Jadi jika korang ke sana jangan lupa singgah disini ya. Starbucks di sini antara tempat wajib singgah jika datang ke Hong Kong. 

Starbucks Hong Kong juga di kenali sebagai "Bing Sutt" yang bermaksud ice room di dalam bahasa kantonis dan sangat popular pada tahun 1950's hingga 1970's sebagai tempat untuk lepak sambil minum coffee atau teh. 

Starbucks “Bing Sutt” terletak di jalan Duddell. Ianya merupakan Starbucks pertama di dunia yang bekerjasama  dengan Douglas Young’s G.O.D. untuk menghasilkan ruang lepak bagi peminat coffee.

Duddell street yang terletak di Central Hong Kong agak terkenal dengan hiasan lampu gas yang besar dan untuk ke Bing Sutt Starbucks pula korang perlulah menaiki tangga.

Duddell street dan lampu gas juga diiktiraf sebagai salah satu monumen di Hong Kong.

Walaubagaimana tu menu di sini agak lebih kurang dengan di tempat lain cuma bezanya kat sini agak popular dengan egg tarts dan polo buns.

Jadi jika datang ke Hong Kong silalah ke tempat ini

Starbucks + Bing Sutt
Shop M2, Mezzanine Floor
Baskerville House
13 Duddell Street, Central